Pernah dengar citer hotel berhantu?
Sekolah berhantu ke?
Mesti pernah kan
Well, kali nie, Hotel Transylvania adalah cerita pasal hotel yang dipenuhi hantu!
Sinopis:
Well, Hotel Transylvania adalah cerita kartun komedi terbitan Sony Pictures Animation.
Count Dracula, yang telah kematian isteri kerana kekejaman manusia, telah membina sebuah hotel yang dijadikan kawasan pelancongan oleh semua hantu. Count Dracula juga menjadikan Hotel Transylvania sebagai tempat untuk dia membesarkan anak gadisnya, Mavis dan demi melindungi Mavis daripada mengalami nasib sepertimana ibunya, iaitu dengan menjarakkan dunia manusia daripada anaknya, Mavis.
Chef Quasimodo hampir berjaya 'menghidu' penipuan Count Dracula |
Count Dracula menjadikan pengalamannya sebagai satu kisah yang beliau gunakan untuk memomokkan anaknya dan juga semua hantu berkenaan kejahatan manusia.
*Memomokkan hantu? Camne tuh?*Semua hantu percaya bahawa manusia adalah kejam dan berupaya untuk menyakiti dan membunuh mereka
Maka, Hotel Transylvania dijadikan kawasan pelancongan apabila mereka ingin melepaskan diri dari gangguan di dunia (or so to speak)
Siap ada sauna tu! |
Mavis pula menagih janji ayahnya, iaitu membenarkan Mavis meneroka dunia manusia pada harijadinya ke-118
Sesi water-aerobic. Uals ada? |
Apabila Mavis tiba di situ, 'manusia' ini telah berlaku kejam dan menepati semua semua cerita Count Dracula berkenaan kejahatan manusia
Mavis kembali ke Hotel Transylvania dan menamatkan impiannya untuk ke dunia luar
Ini menyenangkan hati Count Dracula
Segala persiapan berjalan lancar sehingga Jonathan, seorang remaja yang suka mengembara secara bersendirian, telah sampai ke Hotel Transylvania tanpa sengaja
Di sini bermula kisah bagaimana Count Dracula cuba menyamarkan Jonathan sebagai Johnnystein, sepupu kepada Frankenstein agar tidak menakutkan para tetamunya
Dia menyamarkan Jonathan sebagai pembantu perancang sambutan hari jadi Mavis
Dia juga cuba untuk mengelakkan Mavis daripada jatuh cinta kepada Jonathan kerana tidak mahu kisah lama ibu Mavis berulang?
Perkenalan di antara Mavis dan Johnnystein |
Penilian ials terhadap Hotel Transylvania :
Plot penceritaan : 4.8/ 5.0 . Ringan, bersahaja dan menghiburkan. Ada nilai-nilai murni diselitkan dan sesuai untuk ditonton bersama keluarga. Pastikan anak uals tak meragam dan menangis dalam panggung. Annoying OK!
Penghayatan : 4.8/ 5.0. Of course la committed. Animation kan.
Will I watch it again : Yes, will watch it in 3D and buy the DVD lagi.
CONTACT ME TO ADD YOUR MONTHLY INCOME
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977
2 Comments
* Pose2 beli tiket satu gi tgk sorang2..huh
ReplyDeleteHuhuu....
DeletePose2 beli tiket sekali lagi, kat belakang uals, beli seat tepi uals gak
Macam tak biasa nonton movie yang sama banyak kali
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com