Fear Factor House Challenge Edisi Blogger : Ketakutan Bakal Menjelma


Last weekend, iols telah bertemu dengan sesuatu yang menakutkan
Kalau ikut tajuk entri : Ketakutan Bakal Menjelma
Tapi yang nie, ketakutan dah di depan mata

Ingat tak entry yang nie >> Fear Factor
Syukur dapat terpilih untuk join event nie

Beberapa hari sebelum hari kejadian, iols asyik berdebar je

Sepertimana iols katakan sebelum ini, bagi makan atau buat aktiviti fizikal ials boleh gagahkan
Tapi please NO SNAKES please

Sampaikan Jae Hashim kata iols nie poyo sebab asyik berdebar
Heheheehe
Dia juga yang tenangkan hati iols, bagitau yang iols mesti boleh nyer
Thanks uols
And thank you so much sebab jadi penyemarak semangat serta menjadi photographer rasmi untuk iols sepanjang event nie
Thanks uols!
Event sepanjang hari di Sunway Pyramid
Pada hari kejadian, kami sampai seawal 830 am di Sunway Pyramid
Neves kan, so kena datang awal nak meninjau kawasan
Sampai di lokasi kejadian, nampak la beberapa akuarium berisi cengkerik, ulat dan BELUT
OMG
Iols dah start neves balik dah
Terperangkap dalam lif yang berlubang, APA NAK BUAT?
Bloggers mula berkumpul dan pendaftaran bermula
Deejay bertugas pun mula berceloteh sementara menunggu rakan blogger yang belum sampai
Sian Amir Nawawi lambat sikit sebab dia datang dari Kuantan 

Kemudian, penaja rasmi iaitu Astro pun memulakan sesi penerangan dan kemudian semua blogger diajak bergerak ke Fear Factor Zone

Being nak punctual sangat, iols jadi peserta no.2
Taktau la macam mana nak gambarkan perasaan nerves di dalam hati dan perut itew
Bermacam-macam bermain dalam hati dan perut tau
Aksi menunggu giliran
Ada 4 stations yang kena disiapkan
1) Station 1 : Kotak lutsinar yang dipenuhi tanah dan cacing. Kena korek tanah untuk mencari 3 biji guli dalam masa 30 saat
Penerangan berkenaan misi
Ada berani?
2) Station 2 : Kotak lutsinar yang berisi katak. Kena dapatkan 5 ekor katak, satu demi satu, dan dipindahkan ke dalam bekas lain dalam masa 60 saat. Iols terpicit seekor sampai mati. Sian katak itew.
3) Station 3 : Bilik yang maha gelap di mana peserta perlu memasukkan tangan ke dalam dinding yang dipenuhi lubang bulat untuk mencari 3 helai bendera Fear Factor. Dalam lubang plak diorang letak ular dan serangga plastik. Nie pun kena siapkan dalam 60 saat.
4) Station 4 : Dalam sangkar ada 6 ekor ular sawa! Dan iols kena cari kunci untuk membuka pintu dalam masa 60 saat. Uols bayangkan iols camne masa tu! Nak menangis pun ada, menjerit sudah tentu! Sudahnya, iols hanya kuis-kuis lantai yang takde ular sampai masa 60 saat berakhir!

Sudahnya, iols memang tak layak untuk mendapat hadiah pun.
Ngeri uols..meremang sampai sekarang bulu roma bila teringat ular tu

Sementara menunggu keputusan, sebahagian daripada Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia ditemubual berkenaan pengalaman di dalam program itu
Sebahagian peserta Fear Factor Selebriti Malaysia
Mejar Faiz dan Zaween
Arja Lee yang ramah, I LUV this pic! 
Dan seperti jangkaan iols, teman yang baru dikenali pada acara ini yang memenangi Fear Factor Edisi Blogger
Siapakah orangnya?
The winners with their prizes, ENVY much! Congrats!
Kifli Mally : a blogger with lots of smiles and killer fashion statement
Being Borneoans, kami clique almost instantly
I salute him for being so brave with the snakes and managed to do all the challenges within 48 seconds
Congrats uols
Pastu dia buat open table plak kat Laksa Shack
Thanks Kif, moga Allah swt murahkan lagi rezki
We faced our fears! Have you the guts to face yours?
Gambar semasa event 
Some of the bloggers attended the event
All in all
Iols berpuas hati walaupun sebenarnya bengang dengan diri sendiri sebab tak berani nak sentuh ular tu
Bukannya mematuk pun kan
*tapi membelit*

As usual, kalau hadir event memang jarang la pulang tangan kosong
Organizer mesti bagi hadiahnya
Thanks Astro,  Fear Factor Selebriti Malaysia dan Nuffnang

Jangan lupa, saksikan Selebriti Malaysia di Astro Ria mulai 29 Disember
Boleh la kita tengok, siapa yang berani, siapa yang menangis masa buat challenge kan
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com