Siri yang pertama 300 yang dihasilkan pada 2007, pada saya agak membosankan.
Don't ask me why - it could be to the heavily CGIed scenes atau sebab terlampau banyak scrip and kurang aksi.
Tetapi apabila melihat trailer untuk 300 - Rise of An Empire, terus tak sabar nak menonton sebab macam banyak aksi plak kali ni.
Terima kasih +ChurpChurp sebab sudi jemput saya untuk #Churpremiere 300 : Rise of An Empire.
SINOPSIS
Wayang kali ini digambarkan dalam bentuk penceritaan oleh Queen Gorgo yang dalam usaha membalas dendam di atas kekalahan dan kematian suami beliau.
Queen Gorgo
Dalam pada itu, Queen Gorgo menceritakan berkenaan kebangkitan Greek city-states yang bergabung demi menjatuhkan Empayar Parsi yang diterajui oleh King Xerxes.
Kebangkitan ini diterajui oleh Thermistocles yang telah menyebabkan kematian ayah King Xerxes.
King Xerxes mendapat keberanian untuk bangkit menjatuhkan Greek selepas Artemisia menghasutnya untuk membalas dendam.
Selepas melalui satu ritual yang sukar, King Xerxes bangkit dengan kuasa yang kuat dan mengarahkan pasukan tenteranya untuk menyerang Greek.
Xerxes
Artemisia dan Xerxes
King Xerxes mengerahkan Artemisia untuk menerajui pasukan tenteranya di lautan manakala King Xerxes menerajui pasukan tentera di daratan.
Apabila Thermistocles cuba mendapatkan bantuan Sparta, Queen Gorgo menolak untuk menyertai pakatan tersebut kerana telah ditawarkan tanah dan air oleh King Xerxes sekiranya tidak menyertai peperangan tersebut.
Apabila tarikh peperangan menjelang tiba, Thermistocles mendapati bahawa pasukan kapalnya adalah sangat sedikit berbanding pasukan Artemisia yang memiliki beribu-ribu kapal perang.
Apakah kaedah yang digunakan oleh Thermistocles untuk menentang tentera Artemisia?
Berjayakan Artemisia menggoda Thermistocles untuk menjadi penasihatnya?
Apakah Greek akan kalah di tangan Parsi?
PENILAIAN
Plot : 4.6/5.0.Jalan ceritanya tidak membosankan dan kali ini aksi memang banyak. Malangnya penekanan adalah banyak kepada Artemisia dan Thermistocles dan kurang kepada King Xerxes.
Seriously, even though still too heavily CGIed, kali ini plot penceritaannya tidal membosankan.
Oh ye. Mungkin kena hati-hati jika bawah kanak-kanak bawah umur, banyak sangat aksi-aksi ganas and gory di sepanjang wayang ini.
Penghayatan : 4.7/5.0. Penghayatan yang mantap dari pelakon-pelakon walaupun kurang popular.
Will I Watch it again? Will buy the DVD and watch it at home.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com