Jom Jelajah Turki Bersama ATN Travel


Jom Jelajah Turki Bersama ATN Travel | Now dah boleh travel, Rawlins teringin nak travel overseas. Teringat zaman-zaman belajar dulu almost every year akan ke luar negara untuk lawatan sambil belajar. Masa tu melawat ke universiti-universiti di luar negara sambil menari, berteater dan lain-lain aktiviti kebudayaan. Now, dah ada duit sendiri, teringin gak nak melancong - tapi dengan itinerary sendiri la kan.

Kenangan terindah dan lokasi nak ulang? Nak pergi Turkey!

ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Baru-baru ini,   ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel dengan kerjasama Turkish Airlines 'menerbangkan;' 17 wakil  agensi pelancongan tempatan ke negara itu untuk memperkenalkan destinasi pelancongan baru di sana. 

Ketua Pegawai Eksekutif ATN Travel, Izham Istar berkata, selama 30 tahun agensi pelancongan hanya membawa pelancong ke tempat percutian yang sama dan belum ada yang memperkenalkan laluan baru secara komersial. 

Izham berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri pelancongan dan pernah menetap di Negara Uthmaniyah itu selama 16 tahun. Justeru dengan sokongan  Turkish Airlines dan Tourism Turkiye, beliau berhasrat untuk merintis laluan baru kerana terdapat banyak  lagi destinasi menarik dan unik dengan kepelbagaian budaya serta sejarah Islam. 

"Keadaan juga sudah berubah kerana ramai kini sudah berhijrah. Mereka bukan lagi  bercuti untuk bersuka ria sahaja tetapi mereka juga mahu menyelusuri sejarah, peradaban dan tamadun Islam. Bergembira sambil mengambil ibrah daripada tempat yang diziarahi. Jadi dalam program FAM Trip To Turki 2022 ini , saya bawa wakil agensi pelancongan yang berpotensi untuk memperkenalkan destinasi baru kepada mereka untuk mereka perkenalkan pula kepada bakal pelanggan. Saya yakin tarikan baru ini akan membuka ruang besar kepada pelancong untuk meneroka lebih banyak keunikan dan keindahan bumi Uthmaniyah itu," katanya. 

ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Izham berkata, dengan pertambahan penerbangan ke tempat-tempat yang dilawati itu, Turkish Airlines dan Tourism Turkiye sangat mengalu-alukan kedatangan warga asing ke daerah baru itu kerana dapat merancakkan pertukaran mata wang asing dan pertumbuhan ekonomi.  

"Kami akan mula  'menjual' pakej baru itu  pada Februari ini. Kepada mereka yang mahu merasai pengalaman ke destinasi bersejarah tinggalan Kerajaan Uthmaniah bolehlah menghubungi ATN Travel dan agensi-agensi yang terlibat sama dalam memperkenalkan pakej ini," katanya. 

ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Program FAM Trip To Turki (10 hari)

So, secara ringkasnya, beginilah itinerary untuk FAM Trip To Turki ye. 

Sanliurfa terkenal dengan nama Peygamberler Sehri (Kota Para Nabi) dengan menziarahi Masjid Balikligol (tempat Nabi Ibrahim AS dibakar), Halilul Rahman terdapatnya gua Nabi Ibrahim AS dilahirkan dan dibesarkan serta membeli belah di bazar. 

Harran adalah lokasi bersejarah yang hebat sarat dengan keagungan cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. Nama Harran ini diambil kerana iklim di sini sentiasa panas walaupun pada musim sejuk. Di situ juga terletaknya universiti pertama di dunia, Makam dan Telaga Nabi Ayub AS dan ziarah ke Tapak Arkeologi Neolitik GobekliTepe.

ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Adana mengambil masa empat jam perjalanan dari Sanliurfa dengan bas. Dalam perjalanan rombongan dibawa menaiki Halfeti Boat di perkampungan Sungai Furat. Ia adalah sungai terpanjang di Asia Barat, mengairi tiga negara iaitu Turki, Syria dan Iraq. Sehingga hari ini, Sungai Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Tarsus terletaknya Gua Ashabul Kahfi (Seven Sleepers), Masjid Nabi Daniyal AS, Masjid dan Telaga Bilal Al-Habashi dan Grand Mosque. Berikutnya ke Eskisehir, Sogut dan Bursa. Melawat Sungai Polsuk, menziarahi makam pengasas kerajaan Uthmaniyah Ertugul Gazi, Muzium Ertugul dan menziarahi makam Syeikh Eh Edebali di Bilecik iaitu guru kepada Ertugrul. 

Bursa - Ke Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik, Tophane, Osman Qazi, Orhan Qazi - Makam Sultan Uthmaniyah dan Menara Jam.

Istanbul - Hagia Sophia, Muzium Topkapi, Blue Mosque, Grand Bazaar dan Spice Bazaar. 

ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM
ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Agensi Pelancongan  yang menyertai FAM Trip To Turki 2022   

Berikut adalah di antara agensi pelancongan yang telah menyertai FAM Trip To Turki. So, kengkawan boleh contact diorang untuk dapatkan the best deal ye.

  1. Izham Istar Ibrahim Istar: ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd (ATN Travel) @ 019-2663340
  2. Khairul Nizam  Amat Zaini: My altitute 30 Travel & Tours S/B @ 019-3605287  
  3. Sharifah Norjulishima Syed Rohani: Righteous Travel & Tours Sdn Bhd @ 012-5055185
  4. Mohd Razihan Hamid: Razihan Holidays Alor Setar @ 011-60618115
  5. Zainudin Ismail: AlQuds Travels &Tours Kota Bharu @ 019-9246047
  6. Khairul Annuor Halim: RedSea Tour & Travel Putrajaya @ 013-3237800
  7. Mustafa Kamal bin Md Sood: Safwah Travel & Tours Sdn Bhd @ 019 -3117238
  8. Erny Nawawi: Kopetro Travel & Tours Sdn Bhd @ 017-6902778 | 03-21641577
  9. Azuwarridah Binti Abdullah: Enrich Travelogue Sdn Bhd @ 019-3730627 | 03-41311679
  10. Ab Hakimee Bin Abdullah: Myway Haramain Travel Servicesy Sdn Bhd @ 019-2754924
  11. Mohd Izzat Zulhusni Adizi Mohd Noor Yaakob: Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd @ 019-289 7624 | 03-2688 0000
  12. Mohd Farhan Bin Madzlan: Mantop Travel & Tours Sdn Bhd @ 017-7790700 / 013-7045033
  13. Hafiz bin Sobri: Rajawali Bintang Travel Sdn Bhd @ 012-3997115
  14. Yusman  Rozali: Al Maziah Mobilty   Travel & Tours Sdn Bhd @ 019-499 2769 /017-4784478
  15. Norsufinas Othman: Ziarah Sutera Holidays Sdn Bhd @ 012-2080127
ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Penubuhan ATN Travel

Izham Istar  adalah anak Melayu pertama yang membuka syarikat pelancongan di Turki atas nama ATN Tourism & Travel Corporation ( M ) Sdn Bhd atau ringkasnya ATN Travel. Selepas 20 tahun menetap di Turki dan beberapa negara lain, Izham kembali ke Malaysia membuka ATN Travel dan turut membuka cawangan di Indonesia. 

Menerusi pengalamannya di negara itu, orang Turki adalah bangsa yang tidak berani mencuba dan meneroka tempat baru. Kawasan-kawasan seperti Sanliurfa, Harran, Adana dan Tarsus juga  sering diburuk-burukkan oleh Barat kononnya tempat pengganas kerana ia bersempadan dengan Syria dan Iraq.

ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

"Disebabkan itu juga kawasan-kawasan tersebut tidak terkenal dan 'ditakuti' pelancong. Sebenarnya kawasan itu selamat untuk dilawati bahkan menawarkan keunikan dan keindahan alam semula jadi yang tersendiri," katanya.

Izham yang fasih berbahasa Turki dan Rusia memokuskan perkhidmatan syarikatnya kepada agensi pelancongan lain, korporat, VIP dan stesen TV yang mahu membuat liputan di sana.      

Pelbagai cabaran dihadapinya termasuklah apabila dunia dilanda pandemik Covic-19 tetapi  ATN Travel terus bertahan.

"ATN Travel tidaklah besar tetapi sentiasa konsisten dan terus berada dalam industri. Selama 25 tahun, nama itu tidak pernah bertukar dan kekal saya sebagai pengasasnya. Besar atau kecil syarikat itu bukanlah ukuran kerana apa yang penting ia dapat terus bertahan dan dikenali sehingga hari ini. Apapun krisis dan masalah, saya akan terus menjaga nama syarikat dan mengekalkan konsep perniagaan sedia ada," katanya. 

Memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan dan hospitaliti di Turki sehingga membawa kepada penubuhan ATN Travel di sana, saingan utama beliau adalah orang Turki yang terkenal dengan sikap mereka selalu hendak 'menang' dalam persaingan. 

"Keadaan itu menjadikan saya kuat dan tidak gentar dengan cabaran. Ramai kawan di kalangan bangsa Turki juga memudahkan urusan perniagaan saya ke beberapa negara lain di Asia Barat kerana mereka ini bangsa yang suka merantau. Ke mana pun saya pergi, ada kawan yang menunggu dan  membantu," katanya mengakhiri perbualan.  

ATN Travel, Turki Trip, Rawlins Travels, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

#ATNTravel #TurkiTrip #RawlinsTravels #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM


 



Post a Comment

0 Comments