Hello uals
Dah tengok citer The Hunger Games?
Belum?
You better go and watch the movie ye
Best tau!
Lets review the movie
Kisah bermula dengan menggambarkan kemiskinan kehidupan Katniss di District 12. Terdapat satu kelaziman yang mana seorang wakil remaja lelaki dan remaja perempuan akan dipilih untuk mewakili daerah masing-masing di dalam permainan hingga ke mati yang digelar The Hunger Games.
The Hunger Games ini merupakan medan pertempuran hingga ke mati bagi 24 orang remaja dari 12 daerah dan ia disiarkan secara langsung untuk tontonan semua warga. Hanya seorang remaja sahaja yang akan hidup dan terselamat dari pertempuran ini dan akan dianggap juara.
Ini dianggap hiburan oleh golongan kaya.
Katniss menawarkan diri untuk menggantikan Primrose (Google) |
Pada pemilihan kali ini, Primrose, adik kepada Katniss telah dipilih. Tetapi Katniss telah menawarkan diri untuk menggantikan adiknya. Begitu juga dengan Peeta, remaja lelaki telah dipilih dari District 12. Mereka berdua dibawa ke Capitol untuk dilatih dan diperkenalkan kepada dunia sebagai sebahagian daripada peserta The Hunger Games yang ke 74. Kaedah pengenalan peserta kepada dunia seumpama sedang menjalani pemilihan untuk Miss World, walhal peserta ini kelak akan bertanding sehingga mati.
Katniss berkebolehan dalam memburu mengguna busur dan panah (Google) |
Selepas latihan, maka kesemua peserta dilepaskan ke dalam medan pertempuran dan masing-masing bertanding untuk kekal hidup. Katniss bertekad untuk menang dan kembali kepada keluarganya.
Katniss semasa diperkenalkan sebagai peserta The Hunger Games (Google) |
Maka, bermulalah sesi bunuh-membunuh, kebijaksanaan dalam menyusun strategi dan kepintaran dalam mengenalpasti strategi lawan.
The Hunger Games ini dianggap permainan ala reality show di dunia ini dan peraturan permainan boleh diubah mengikut kepentingan para pemegang saham. Di sini terjadinya sedikit twist pada penceritaan yang menjadikannya lebih menarik.
Penilaian saya?
Cerita ini memang best, penceritaan yang jelas : 4/5 bintang
Penghayatan watak oleh pelakon-pelakon muda : 4/5 bintang
Satu je yang saya kurang puas hati, cinematografi! Gegaran kamera yang seakan mewujudkan efek sepertimana Paranormal Activity, malah lebih teruk gegaran menyebabkan rakan-rakan menyatakan agak pening menonton gegaran!
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : loving.hate78@gmail.com
Mobile : 012-2801977
4 Comments
sudah tgk ke? memang plan mahu tgk citer nih..tak sabar nye nk tengok..
ReplyDeleteregards,
Unsmiley
isteri kepada suami : saya dah tengok, memang best
ReplyDeleteterima kasih kerana meniup semangat aku untuk ke panggung.
ReplyDeletemacam best...tp xtau bila nak tgk...
ReplyDeletep/s:
8 SEBAB kenapa kita kena join RakanBlog....
SEBAB KE 4- Rakanblog.com membuatkan para bloggers rileks...tak payah pening2 nak post link kat page-page fb..yg mana admin2nyer strict..itu tak boleh..ini tak boleh....apaa punn tak boleyyy... ..padahal kebarangkalian utk orang klik tu 0.001% je...hehehehehehe...so bloggers boleh fokus utk buat entry yang terbaeekkkk.....bila entry kita terbaeek...readers yang akan pomot utk kita...dan byk Like laaa.....
Lagi 7 SEBAB lagi boleh tanya kat uncle google..>>8 sebab kenapa kena join Rakan Blog
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com