Istanbul, AKu Datang : The Review


Tak tersangka, akhirnya ials pergi juga menonton Istanbul Aku Datang
Berserta rakan-rakan yang menggesa untuk menonton bersama dengan alasan untuk meluangkan masa bersama, ials pun pergilah menonton

Tak tersangka wayang arahan Bernard Chauly dan skrip oleh Rafidah Abdullah nie memang menarik
Yang penting ials emosi sebab kejadian serupa pernah terjadi pada diri sendiri
*perasan sendiri artis ke?*

Garapan yang kemas dan jalan cerita yang ringan serta aksi-aksi spontan melucukan menyebabkan cerita nie sesuai ditonton dan tidak membosankan

Sinopsis
Wayang ini mengisahkan Dian yang merancang taktik sehingga kekasihnya, Azad melamarnya
Dengan tekad, Dian ke Istanbul dengan alasan mengambil kursus pendek Bahasa Turki semata-mata untuk mendapatkan cincin perkahwinan dari Azad yang mengambil jurusan perubatan di sana


Misi mencari rumah sewa
Bagi mengelakkan pandangan tidak elok dari masyarakat sekitar, Azad meminta Dian mencari rumah sewa sendiri

Dian mencari sehingga akhirnya dia bertemu dengan Cihan, warga Istanbul yang telah membantunya pada hari pertama Dian tiba di Istanbul
Cihan memaklumkan bahawa 'ayahnya' memiliki sebuah rumah yang boleh diduduki dan setelah berpuas hati dengan keadaan rumah tersebut, Dian membayar 3 bulan deposit pada Cihan
Malangnya, rumah itu telah diduduki oleh Harris, seorang lagi pelajar dari Malaysia
Cihan pula sebenarnya adalah anak jiran kepada tuan rumah, Mr Suleyman yang bercuti ke rumah anaknya di luar Istanbul
Harris dan Dian cuba menyelesaikan masalah rumah sewa
Terjadi persengketaan di antara Harris dan Dian
Dian pula terpaksa menipu Azad dengan menyatakan bahawa dia telah mendapat bilik sewa dengan wanita arab yang sangat tegas dan tidak membenarkan lelaki datang ke rumah

Azad pula sentiasa sibuk dan tidak dapat selalu menemankan Dian 
Malah dia meminta Dian agar tidak menunjukkan kemesraan di khalayak ramai dengan alasan tidak manis di pandangan orang
Dian akur walaupun sedikit pelik
Dian juga merasakan bahawa Harris adalah seorang lelaki 'homoseksual' atau 'lelaki ria' kerana pernah terserempak dengan seorang lelaki arab yang keluar dari bilik Harris dalam keadaan tidak berbaju

Persengketaan di antara Dian dan Harris berlarutan kerana masing-masing tidak mahu mengalah
Sehingga suatu hari, Azad telah datang ke rumah Dian dan kebetulan 'kekasih' Harris berada di rumah dalam keadaan tidak berbaju

Azad telah menuduh Dian sebagai 'gadis rewang' dan 'jalang'
Situasi bertambah genting apabila Harris tiba-tiba keluar dari biliknya

Perlu ke ials ceritakan lagi?
Better uals tengok sendiri wayang nie
Berbaloi-baloi la

Penilaian ials terhadap Istanbul Aku Datang :
Plot penceritaan : 4.7/5.0. Jalan cerita yang ringan, garapan yang kemas dan tidak membosankan. Yang penting, ials emo tengok cerita nie sebab mengingatkan pada kejadian lepas yang mengguris jiwa! Adush!!! 

Penghayatan : 4.7/5.0. Kejutan kerana Tomok mampu membawakan watak beliau dengan baik. Yang penting, ials benci Tomok @ Azad! Lakonan Lisa juga adalah sangat menarik sebagai gadis yang clueless dan naive. Manakala Beto pula dikatakan boleh menjadi hero Malaya yang berikutnya. Hehehehehe

Will I watch it again 
: Yes, I will.
I am stronger than this, and so are you. DO NOT GIVE UP. DO NOT QUIT. You can do this. WE can do this. Stay strong, Beautiful


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com