Perbatuan 0 di Koh Lipe |
Last post, saya tulis akan pergi bercuti kan
Bercuti seminggu, mau jadi pekasam kalau duduk di Langkawi sahaja seminggu kan?
Oh tidak!
Kami ada juga mengembara ke lokasi lain
Semuanya adalah cadangan Azam yang suka mengembara
He has been to the location before and he took a very scenic picture of the beach there
So, before kami memulakan percutian tempoh hari, dia dah pesan awal-awal untuk pastikan international passport kami semuanya masih boleh digunakan
Kenapa?
Sebab lokasi yang ingin dituju berada di selatan Thai maka memerlukan passport
Sepertimana tertera pada postbox di atas, Koh Lipe ataupun Lipe Island
Koh Lipe tu apa?
Hehehe
Menurut wikipedia, Koh Lipe is a small island in the Adang-Rawi Archipelago of the Andaman Sea, in the Satun Province of southwest Thailand, close to Malaysian border.
Tetap camwhoring dalam bot laju ke Koh Lipe |
Tetapi memandangkan masa kami bercuti off season (time tak ramai pelancong), maka perkhidmatan feri dihentikan sementara dan hanya akan disambung semula pada November 2012
But, Azam nie sangat resourceful
Setelah melakukan sedikit penyelidikan, kami berjaya mendapatkan pengangkutan menggunakan bot laju ke Koh Lipe dan berlepas dari Telaga Harbour
Perjalanan selama sejam menggunakan bot laju mengimbau zaman-zaman belajar dahulu
Saya ni lulusan graduan Sains Laut dan memiliki sijil menyelam advanced level tau
Heheheheh
Tapi sekarang dah luput tarikh sebab lama tak diving
Sebagai pelajar Sains Laut, kami banyak mengembara ke pulau-pulau
Apabila menghampiri pulau, semua terpegun dengan kejernihan air laut yang berwarna hijau zamrud
Boleh nampak sampai ke dasar
Kedatangan kami disambut oleh seekor anjing yang sedang menyelam dan bermain air laut
Mau tak terkejut kami tengok anjing nie!
Varin Village nie unik sebab dia menyediakan penginapan yang sangat asas
Penginapannya berbentuk pondok dari buluh yang memuatkan ruang untuk katil queen dan meja untuk meletakkan kipas serta bilik air
Sewanya sangat murah uals, RM20 sahaja sehari
Lokasinya pula terbaik sebab menghadap lautan luas dan angin sentiasa bertiup mesra
Varin Village yang simple |
Nie la rupa penginapan kami |
Seafood yang fresh dan boleh dikatakan murah
Halal food tidak menjadi masalah sebab memang ada restoran halal di sini
Koh Lipe mungkin tidak begitu dikenali di kalangan warga Malaysia sepertimana Koh Samui atau Krabi tetapi warga asing begitu banyak mengunjungi Koh Lipe
Sepanjang penginapan di sana selama 3 hari 2 malam, ada warga Jepun, German, US dan Mexico yang datang menginap di sekitar Koh Lipe
Pulaunya adalah indah dan masih bersih
Pantainya memang putih dan pembangunan boleh dikatakan agak minima
Hampir lupa, Koh Lipe nie perkampungan nelayan ye
Well, just enjoy the pix yang saya ambil
Seperti saya katakan pada entry awal, saya lebih suka mengambil gambar
The buddies |
Indahnya Koh Lipe |
RAWLINS
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977
2 Comments
Definitely! Thanks for the advise!
ReplyDeletehai...berapa eh cost sume??
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com