Fun Facts of Shanghai


Semenjak dua menjak ini (*bukan lirik lagu Teman Pengganti ye*), selalu nak letak pasal Shanghai kan
Almaklum, nak mengambil kisah pasal Shanghai la kan

Biar nanti tak jadi rusa masuk kampung bila sampai sana kan

So, berdasarkan laman web INI, ini adalah di antara fakta berkenaan Shanghai yang kita tak berapa nak tahu

1) Penduduk Shanghai adalah lebih ramai daripada penduduk New Zealand
Keadaan pada hari biasa di Shanghai. Kalau hari perayaan atau cuti? PITAM!
Sungguh!
Nak lebih tepat, 4X ganda lebih ramai hokey!
Berdasarkan kajian pada 2009 populasi penduduk Shanghai adalah seramai 19 juta! Manakala penduduk New Zealand hanya 4 juta

2) Bahasa utama di Shanghai ialah, Shanghainese
Of course la Shanghai ada bahasanya sendiri kan. 
Dan bahasanya adalah berlainan daripada Bahasa Mandarin

Jangan terkejut jika di dalam Shanghai pun ada beberapa dialek yang berlainan
Dah penduduk dia pun berjuta-juta lemon, mesti la ada perbezaan dari kosa kata, sebutan dan dialek la kan

3) Menara TV di Shanghai nie terkenal di seantero dunia
Oriental Pearl Tower
Menara ini telah banyak muncul di filem-filem terkenal (Fantastic Four : Rise of the silver surfer, Godzilla : Final Wars)
Oriental Pearl Tower ini boleh dikatakan sebagai salah satu ikon kebanggaan Shanghai
What do you think? 
Biasa je kot kan
Nanpu Bridge Interchange
Sebenarnya, iols merasakan bahawa struktur binaan ini adalah sangat menarik
Tak berpinau kepala uols drive kereta kat sini?
Indah kan jambatan ini?

4) Sistem pengangkutan bas terbesar di dunia
Terdapat 1424 jenis perkhidmatan bas di Shanghai!
Confirm iols sesat!
Alangkan kat Sarawak pun iols boleh confused jenis bas, bayangkan kalau uols nak balik kerja di Shanghai
PITAM di perjalanan!

Well, there you go
Some fun facts about Shanghai

Tapi tak best la tau facts jer kan
Jom kita sama-sama ke sana, FOC jer pun!


Kalau uols tau lagi banyak fakta pasal Shanghai, let me know
Better, kita jumpa and share pengalaman!



Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

0 Comments