Mama : The Review


Get ready to be scared out of your skin! *ada ke perumpamaan sebegini?*

Menonton Mama memang THORBAEK!

Setakat ini boleh iols katakan sebagai cerita seram paling mengerikan pernah iols tonton setakat ini!

Terima kasih kepada Nuffnang dan ChurpChurp sebab sudi menjemput untuk tayangan perdana ini

Sinopsis
Ibu dibunuh oleh ayah dalam pergaduhan
Ayah melarikan diri bersama anak-anak dan terlibat dalam kemalangan
Terselamat dari kemalangan, ayah membawa anak-anaknya ke sebuah rumah usang yang berhampiran
Di situ, dengan sedih dan hati yang berat, ayah cuba menamatkan riwayat anak-anaknya sebelum menamatkan riwayatnya sendiri
Tapi belum sempat dia melunaskan hasrat hatinya, si ayah telah terlebih dahulu dibunuh

Siapakah pembunuhnya?

Lucas, pakcik kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut masih gigih mencari anak saudaranya, Victoria dan Lily yang telah hilang bersama ayah mereka, walaupun 5 tahun telah berlalu
Keadaan Victoria dan Lily ketika ditemui
Kumpulan penyelamat akhirnya menemui Victoria dan Lily di rumah usang di dalam keadaan yang daif dan almost animal-like
Lukas dan Annabel telah memenangi hak penjagaan kedua-dua budak perempuan tersebut dan dinasihatkan oleh Dr. Dreyfuss untuk pindah ke rumah yang dikhaskan untuk pemantauan kesihatan fizikal dan psikologi kedua-dua kanak-kanak ini
Sesi terapi Lily dan Dr Dreyfuss
Victoria menunjukkan perkembangan yang sihat dan boleh bersosial tetapi Lily masih lagi tidak boleh bertutur secara normal
Lily memakan serangga dan tidur di bawah katil walaupun telah disediakan kelengkapan serta makanan yang sempurna

Apabila Lukas dimasukkan ke hospital, Annabel yang terpaksa menjaga Victoria dan Lily di rumah mendapati ada keganjilan pada kedua-dua gadis itu
Mereka sering bercakap dengan dinding dan ada kalanya Annabel terbangun di tengah malam, mendengar suara nyanyian dodoi dan mendapati kedua mereka bermian-main di bilik tidur
Mereka juga sering menyebut Mama

Siapa MAMA?

Victoria mula menunjukkan perubahan sikap kepada Annabel dan mula mendekati Annabel tetapi Lily masih lagi menjauhkan diri
Walaupun aneh, Annabel tetap mendiamkan diri dan melayan karenah Victoria dan Lily
MAMA beraksi!
Sehingga satu kejadian di mana Mama akhirnya menampakkan diri dan mengganggu Annabel

Dr Dreyfuss dan Lucas pula seakan-akan memahami misteri yang menyelubungi kehidupan Victoria dan Lily lantas bergerak ke rumah usang untuk menyiasat kejadian sebenar

Apakah yang ditemui oleh Dr Dreyfuss?
Berjayakan Lucas menyelesaikan amanat arwah abangnya yang dilihat ketika beliau di dalam koma?
Siapakah Mama dan apakah kaitannya dengan Victoria dan Lily?

Penilaian ials terhadap Mama :
Plot penceritaan : 4.9/5.0. Teratur dan kemas. Plot penceritaan yang terang memudahkan pemahaman kenapa Mama mendekati Victoria dan Lily. Terus-terang iols katakan, ini memang THE HORROR MOVIE OF THE YEAR. Kebiasaannya jika wayang seram, figura hantunya ala-ala malu-malu nak menunjukkan diri tetapi Mama memang menunjukkan diri seawal-awal tayangan. 

Penghayatan : 4.9/5.0. Lakonan dan penghayatan yang mantap dari semua pelakon. Sampai naik menyampah tengok Auntie Jane dan Lily. 

Will I watch it again 
: Yes and Yes and Yes!


Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977



Post a Comment

2 Comments

  1. kalau ikutkan hati memang nak tengok cerita ni tapi hati kecut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mira... Memang terjerit je menonton citer nie
      Bawa teman ek bila pegi tengok

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com