Owh owh!
Where shall I start with the review?
Before that, thanks to Nuffnang for inviting me to the premiere of the most anticipated movie of the year! (by me at least)
SINOPSIS
Iron Man 3 mengisahkan perjalanan hidup Tony Stark selepas kejadian makhluk asing menyerang New York dan kerjasama di antara The Avengers untuk menumpaskan ancaman itu.
Percintaan Tony dan Pepper turut diuji dalam Iron Man 3 |
Bagi melarikan diri dari perasaan tertekan dan traumatik tersebut, Tony menjadikan kepakarannya membina robotik sebagai satu hobi.
Hobi membina robot menjadikan adanya 42 Iron Man suit di dalam kediaman Tony |
Antara babak yang paling ditunggu! |
Tanpa beliau sedari, muncul satu lagi ancaman yang berpunca daripada pertemuan beliau dengan saintis Advanced Ideas Mechanics (AIM). Berpunca dari kekecewaan untuk bekerjasama dengan Stark Industries, Aldrich Killian meneroka dan membangunkan virus Extremis bersama-sama Dr Maya Hansen.
Aksi Rhodes dan Tony tanpa Iron Man suit |
Adakah Tony dapat melindungi Pepper? |
Dalam Tony mencuba untuk merawati trauma beliau, beliau turut menghadapi satu lagi bebanan iaitu melindungi orang yang beliau sayangi iaitu Pepper dari dicederakan oleh musuh Iron Man.
The Mandarin yang mengancam dunia |
Apakah Tony akan dapat mengubati trauma beliau tersebut?
Dapatkan Tony menyelamatkan Pepper dari sebarang ancaman?
Adakah Iron Man itu mudah untuk 'dilukai' sepertimana manusia biasa?
p/s : Sila pastikan anda menunggu sehingga Credits selesai sebab ada kejutan di hujungnya
Plot penceritaan : 4.8/5.0. Plot penceritaan yang tidak berat. Seperti kebiasaan, Robert Downey Jr akan memasukkan skrip-skrip yang melucukan yang menjadikan penceritaan yang agak ringan. Dengan adanya 'twist' di perjalanan cerita juga menjadikan penceritaan Iron Man 3 menarik dan tidak membosankan. Wayang kali ini juga agak berat dengan babak aksi yang mengujakan perasaan.
Penghayatan : 4.9/5.0. Lakonan semua pendukung watak memang tidak mengecewakan. Paling dikagumi adalah lakonan Guy Pearce sebagai Aldrich dan Ben Kingsley sebagai Trevor/ The Mandarin.
Will I watch it again : Yes and will buy the DVD untuk simpanan!
Facebook : www.facebook.com/rawlins.ichigo
E-mail : rawlins.una@gmail.com
Mobile : 012-2801977
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com