Terima kasih ChurpChurp sebab menjemput saya menonton premiere screening untuk Red 2.
R - Retired
E - Extremely
D - Dangerous
So, kita tau la kan wayang nie pasal hero-heroin yang menjangkau usia warga emas.Saya suka sebab stunt dia pada yang pertama adalah menakjubkan!
SINOPSIS
Frank Moses dan Sarah Ross kini mencuba untuk menjalani hidup normal sebagaimana pasangan yang lain.
Victoria sedang menghapuskan bukti tugasan beliau |
Frank tidak mempercayai Marvin dan cuba melarikan diri agar boleh menjalani kehidupan yang biasa.
Cubaan Han untuk membunuh Frank dan Marvin |
Marvin dan Frank melarikan diri dari tembakan Han |
Selepas kejadian kenderaan Marvin diletupkan, Frank ditangkap serta disoalsiasat dan ketiga-tiga mereka hampir menjadi mangsa bunuh, Frank terus berubah dan mula mencari cara untuk melarikan diri.
Cubaan Victoria untuk membunuh Frank dan Marvin |
Untuk berbuat demikian, Frank dan Marvin terpaksa bergabung dengan Victoria dan mencuba menjejaki punca masalah yang dikenali sebagai alat nuklear Nightshade itu ke merata dunia.
Miranda bertemu dengan kumpulan Frank di Russia |
Miranda merubah penampilan diri |
Aksi stunt Victoria bersama Han dalam kereta |
Adakah Dr Bailey dapat menunjukkan di mana letaknya Nightshade?
Apakah Sarah dapat mengatasi Miranda dalam perebutan Frank?
Dapatkah Han membunuh Frank yang merupakan musuh ketat beliau?
Penilaian terhadap Red 2 :
Plot penceritaan : 4.5/5.0. Jalan penceritaan yang jelas dan tidak melalut. Tetapi penekanan kepada pembangunan watak-watak baru agak menjejaskan elemen aksi yang pernah hadir dalam siri terdahulu. Watak Victoria hanya hadir di dalam beberapa babak dan tidak sehebat siri terdahulu. Tetapi babak stunt menggunakan kereta berpusing adalah babak terbaik Victoria. Frank juga seakan-akan perlu Retired sebab penekanan lebih kepada beliau mencuba untuk membaiki hubungannya dengan Sarah.
Penghayatan : 4.5/5.0. Penghayatan pelakon-pelakon veteran yang terlibat tidak dinafikan adalah terbaik tetapi agak kurang bersahaja.
Will I watch it again : Saya akan membeli DVD nya.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com