The Lone Ranger : The Review


Jika anda peminat Johnny Depp, maka anda wajib menonton filem ini.
Johnny Depp dan watak gila-gila seakan-akan sinonim sepertimana watak-watak beliau dalam Edwards Scissorshand, Nightmare on Elm Street dan Pirates of the Carribean.
Thanks to Nuffnang sebab menjemput saya untuk premiere screening The Lone Ranger.

SINOPSIS
John Reid bertemu dengan Tonto di dalam kejadian di mana ahli kumpulan Butch Cavendish membebaskan Butch yang akan dihukum gantung di atas kesalahannya.
Insiden pertemuan pertama John dan Tonto
Bertekad untuk menangkap Butch dan membawanya ke muka pengadilan, John bersama abangnya, Dan memburu Butch dengan ditunjuk arah oleh Collins.
Pencarian mereka telah membawa kepada kejadian serang hendap dan kumpulan itu telah dibunuh seorang demi seorang.
Kumpulan Butch yang menyerang hendap kumpulan Dan
John juga telah ditembak sehingga mati. Manakala Butch pula telah mengeluarkan hati Dan dan memakannya. Tindakan itu adalah signature bagi Butch.
Tonto bercakap dengan White Horse yang dianggap keramat
John menggunakan topeng bagi menyembunyikan identitinya
Tonto menyelamatkan John dan memaklumkan bahawa John dihidupkan semula bagi tujuan untuk membalas dendam di atas semua perbuatan Butch dan menggelar Tonto sebagai Spirit Walker.

Adakah John akan berkerjasama dengan Tonto dalam menyelesaikan dendamnya?
Siapakah Tonto yang sebenarnya dan apa kaitan Tonto dengan Butch?

Penilaian terhadap The Lone Ranger :
Plot penceritaan : 4.5/5.0. Jalan penceritaan yang kemas dan simplistic. Tidak berat dan tidak membosankan.

Penghayatan 4.5/5.0. Tonto banyak mengutarakan skrip-skrip yang lawak dan bersahaja menyebabkan panggung menjadi tidak kering gusi. Kesemua pelakon komited kepada watak. 


Will I watch it again 
I will buy the DVD.



Haiqal Rawlins 
012.280.1977 
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam 


Post a Comment

2 Comments

  1. ada plan nak tengok ni, thanks for the review bro :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com