Kick-Ass 2 : The Review


Ingat lagi tak Kick-Ass yang ditayangkan pada 2010?
Ala, wayang pasal superhero wannabe, starring Nicolas Cage dan Chloe Grace Moretz.
Sebahagian daripada watak di dalam Kick-Ass 2
Kali ini adalah sekuel dia.
Thanks to Nuffnang sebab sudi jemput saya untuk premiere screening nie.

SINOPSIS
Selepas kematian ayahnya, Mindy aka Hit Girl terpaksa menyamar sebagai manusia biasa dan meneruskan persekolahannya sepertimana remaja yang lain. 

Dave dan Mindy di sekolah
Marcus, penjaga Mindy, tidak mengetahui bahawa Mindy sebenarnya selalu ponteng sekolah dan meneruskan latihannya sebagai Hit Girl ketika waktu persekolahan.

Di sekolah ini, Mindy bertemu dan berkawan dengan Dave aka Kick-Ass. 
Latihan Mindy dan Dave
Dave merasakan kehidupannya semakin membosankan dan meminta Mindy untuk melatihnya menjadi superhero seperti gabungan Mindy dan ayahnya.

Apabila kegiatan Mindy diketahui oleh Marcus, dia terpaksa menepati janjinya kepada Marcus dan mendiang ayahnya dan mengumumkan bersara dari dunia superhero.
Justice Forever terbentuk!
Ini menyebabkan Dave terpaksa mencari rakan-rakan lain dan akhirnye terbentuk satu kumpulan yang dinamakan Justice Forever yang terdiri daripada individu yang ingin menegakkan keadilan.

Dalam pada itu, Chris yang masih marah kepada Kick-Ass kerana menyebabkan kematian ayahnya, telah menyebabkan ibunya terbunuh dan menjadi pewaris kepada harta yang banyak.
The MotherF**ker dan kumpulannya
Chris menggunakan hartanya untuk merekrut kumpulan pengganas dan menggelarkan dirinya sebagar The Motherf**ker. Misi utama kumpulan ini adalah memusnahkan Kick-Ass dan kumpulannya.

Mindy pula telah mencuba menjadi remaja yang biasa dan berkawan dengan kumpulan gadis yang popular yang diketuai oleh Brooke. Tetapi apabila Mindy semakin popular, Brooke telah bertindak memalukan Mindy di khalayak ramai.
Pertembungan di antara kuasa jahat dan baik
Dalam pada itu, Dave masih lagi memujuk Mindy untuk kembali menyertai misi beliau menjaga keamanan di kawasan kediaman mereka.

Adakah Dave akan berjaya memujuk Mindy untuk kembali menjadi Hit Girl dan menyertai Justice Forever?
Adakah The Motherf**ker akan berjaya dalam misinya memusnahkan Kick-Ass?

PENILAIAN 
Plot Penceritaan : 4.7/ 5.0. Sebagai sekual, kita memahami penceritaan kali ini yang padat dan menarik garapan. Tiada elemen yang terlalu berat, lebih berbentuk santai dan juga ada diselitkan elemen kekeluargaan. 

Sungguhpun begitu, saya tidak mencadangkan membawa kanak-kanak di bawah umur 12 tahun menonton wayang ini kerana grafik yang ganas dan penggunaan bahasa yang tidak bersesuaian adalah berleluasa di sepanjang wayang ini.

Penghayatan : 4.8/5.0. Dengan pelakon-pelakon yang semakin meningkat naik, kualiti lakonan juga saya rasakan bertambah elok. Penghayatan watak dan situasi juga tidak keterlaluan.

Will I watch it again : Yes, and I will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments