Bila Blogger Saling Berperang


Blogger mana yang berperang?
Kenapa?
Mana ada blogger berperang pun.
Semua blogger saling menyayangi dan membantu sesama.

Terima kasih kepada Tourism Selangor dan Battlefield Live Malaysia sebab menjemput saya untuk menikmati 'aksi' peperangan yang menyeronokkan ini.

Saya difahamkan oleh rakan-rakan blogger yang selalu mengikuti aktiviti Tourism Selangor (TS) bahawa TS memang selalu menganjurkan aktiviti mempromosikan Selangor di kalangan blogger. 

Pada kali ini di bawah kata nama #TSDayOut, TS telah mendatangkan satu pengalaman di luar bangunan yang amat luar biasa.

#TSDayOut telah memilih Nur Lembah Pangsun Eco-Resort sebagai lokasi pendaftaran dan perkenalan di antara semua peserta yang hadir. Seawal sesi pendaftaran, saya mendapati bahawa kakitangan TS adalah sangat peramah, walaupun ini merupakan kali pertama saya menyertai program mereka.

Info on Nur Lembah Pangsun Eco Resort :
Like no other, NUR  LEMBAH PANGSUN is a Malaysian eco-resort with a natural
charm that offers spectacular facilities & accommodation, fantastic indoor
& outdoor activities and makes for superb outings, whether  for individuals, families or corporate groups.
Alamat : Nur Lembah Pangsun, Batu 19 3/4, Ulu Perdik, Hulu Langat, Selangor, Malaysia
FB : Nur Lembah Pangsun Eco- Resort
Blog : Nur Lembah Pangsung Eco- Resort

Sebenarnya saya, Mahamahu dan PenaBerkala terlambat sampai di lokasi kerana kesilapan membaca arahan Waze. Sudahnya kami menikmati pemandangan sampai ke Gunung Nuang sebelum menyedari bahawa kami telah terlebih laluan.
Nasib baik Dian sudi membantu menunjukkan arah yang betul kepada kami.
Suasana pendaftaran dan minum pagi

Selesai sesi pendaftaran dan minum pagi (thanks TS) , kami dibawa ke lokasi 'peperangan' yang bakal kami tempuhi.
Hutan belantara tau!
Siap ada sungai, paya dan PACAT! (ke lintah?)

Pada awalnya, saya beranggapan "Mesti seperti Paintball". So, saya dah expect akan luka-luka sebab ramai kawan-kawan yang main paintball mesti balik dalam keadaan luka.
Masing-masing mencuba SATR
Percayalah. Senjata itu lebih kurang sama tinggi dengan saya

Eugene, a fitness instructor yang menjadi Kapten Alpha
PenaBerkala mencuba pelbagai SATR



Kami dibahagikan kepada empat kumpulan, Alpha, Beta, Charlie dan Delta. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang dan saya dimasukkan dalam kumpulan Alpha.

Apabila diperkenalkan kepada senjata yang akan kami gunakan, saya terkedu seketika.
"Adakah itu senjata sebenar?"
Ini kerana senjatanya semua adalah dalam saiz senjata yang sebenar dan kelihatan seperti yang sebenar.

Menurut Mejar Shafiee Sulaiman (Pengasas Battlefield Live Malaysia), senjata yang digunakan dikenali sebagai Small Arms Transmitter Receiver (SATR). SATR memberikan kita pengalaman peperangan yang sebenar, tidak kira di mana sahaja acara diadakan, di dalam atau di luar bangunan. 
SATR yang ada dalam Battelfield Live

Memang real sebab SATR memberikan maklumbalas yang real-time. Siap ada red-dot-scope. Terasa ala-ala komando plak bila memegang SATR.
And yes, beratnya sepertimana berat senjata yang sebenar.

Terdapat 3 Misi  peperangan yang akan kami lalui.

1) Misi 1 : Battle Box. Pada misi ini, kumpulan yang 'berperang' diberikan masa 15 minit untuk merampas Battle Box kumpulan lawan atau membunuh kapten pasukan lawan. Untuk misi ini, strategi kumpulan adalah penting kerana akan ada ahli yang bertindak defensive dan akan ada yang menjadi attacker.

2) Misi 2 : Medical Box. Pada misi ini, satu kumpulan ditugaskan sebagai attacker manakala satu lagi sebagai defensive. Attacker perlu mendapatkan medical box  kumpulan defensive. Perkiraan menang adalah bagi yang kumpulan yang mana kaptennya berjaya merampas medical box atau berjaya membunuh kapten pasukan yang lain.

3) Misi 3 : Last Man Standing. Yang ini paling best sebab masing-masing bertempiaran dan kemenangan dikira dengan ahli kumpulan yang paling lama bertahan di medan perang. Masa inilah semua orang menyusup, meniarap, merangkak dan bersembunyi sebab nak menyelamatkan diri. Pacat/ lintah sudah tidak dihiraukan lagi.
Bersama PenaBerkala dan Mahamahu : muka masing-masing kepenatan
Sebahagian daripada peserta
Nak juga amik gambar di banner #TSDayOut
Not forgetting my signature pose
Kepenatan!
Selepas selesai semua misi, kami dibawa kembali ke Nur Lembah Pangsun Eco-Resort untuk membersihkan diri, minum petang dan seterusnya upacara penyampaian hadiah.
Menunggu upacara penyampaian hadiah


Tahniah pada semua pemenang. Pics credits to Nigel
Nie semua penembak-penembak tepat!
 All in all, IT WAS A GREAT FUN!
Thanks to the perfect teamwork from teams TS and Battlefield Live Malaysia for the amazing experience.
Battlefield Live Malaysia

Some of the friendly team of Tourism Selangor

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com