Madmonkeyz, Tembikai dan Samsung Note 3


"And the team that win the first place is .... (drumroll).... Team Stallion!" Jerit Ben selaku pengacara majlis pada hari bersejarah tersebut.
Ben di pentas The Laundry Bar mengumumkan pemenang!

Tidak terperi perasaan saya apabila kumpulan Stallion menjadi pemenang utama untuk Maxis 4G Bloggers Blaze yang telah diadakan pada 8 Disember 2013, bertempat di The Laundry Bar, The Curve.
Gamat seketika suasana di The Laundry Bar dengan jeritan kegirangan oleh saya, Rebecca, Charmaine dan Joel.
Manakan tidak, pemenang utama mendapat Samsung Note 3 berserta Maxis 4G LTE WiFi Modem!

Apa yang sebenarnya terjadi nie?
*flashback*
Beberapa minggu yang lalu, Nuffnang telah menjemput saya untuk menyertai satu pertandingan ala-Explorerace yang dianjurkan oleh Maxis bagi memperkenalkan rangkaian terpantas bagi 4G oleh Maxis. Nama pertandingan itu adalah Maxis 4G Bloggers Blaze (#Maxis4GBloggersBlaze)

Saya sampai di perkarangan The Curve seawal 8 pagi, menyaksikan kakitangan acara membuat persiapan terakhir bagi acara ini.

Pendaftaran para bloggers
Pendaftaran dimulakan pada 8:30 pagi dan saya ditempatkan di dalam kumpulan Stallion yang terdiri daripada JoelRebecca dan Charmaine.
We are The Stallion
Ben yang menjadi pengacara majlis memang sangat menggamatkan acara dan berupaya membangkitkan semangat semua peserta. Di antara peserta yang hadir adalah Budiey dan Ben Ashaari.
Ben beramah mesra bersama bloggers
Ucapan dari wakil Maxis, Fernie Jasmine
Ada sepuluh kumpulan semuanya yang terlibat dalam acara kali ini.
Selepas ucapan oleh wakil Maxis, setiap kumpulan dibekalkan dengan peranti Samsung. 
Kami dimaklumkan bahawa pertandingan akan hanya mengambil kira kepantasan setiap kumpulan menyelesaikan cabaran yang diberikan dan bukannya jumlah masa yang digunakan untuk pergerakan dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Kereta untuk pergerakan para peserta

Bagi memulakan pertandingan, ahli kumpulan diminta untuk mengimbas belon bagi mendapatkan lokasi berikutnya dengan menggunakan aplikasi yang dibekalkan.

Memang terasa tekanannya sebab ada hampir 100 biji belon yang diletakkan dan kebanyakannya adalah decoy.
Stallion adalah kumpulan yang ketiga akhir bergerak ke lokasi pertandingan berikutnya.

Lokasi cabaran adalah di Sunway Lagoon.
Dengan menggunakan peranti yang dibekalkan dan rangkaian 4G LTE Maxis, memang tak susah nak mencari laluan yang mudah untuk sampai ke Sunway Lagoon.
Sampai di sana, kami dikehendaki bermain permainan Drag Racing dan menghantar paparan markah kepada urusetia.
Selesai di situ, kami diminta untuk pergi ke lokasi Go-Kart dan berlumba untuk tiga pusingan.
Masa yang dicatatkan oleh Marshall dihantar kepada Urusetia untuk catatan.
Di sini kami dikehendaki mengambil 3 keping gambar untuk dihantar kepada Urusetia sebagai bukti.
Stallion ketika cabaran Go-Kart

Selesai cabaran Go-Kart, kami kembali ke lokasi permainan Drag Racing untuk menerima clue yang berikutnya.
Melalui imbasan, kami dimaklumkan untuk pergi ke MadMonkeyz Climbing Gym yang terletak di Wangsa Maju.

Being a person yang sukar nak ingat nak jalan dan lokasi, penggunaan peranti pintar yang menggunakan rangkaian terpantas memang sangat membantu.
Kami sampai ke lokasi tersebut dalam masa 30 minit sahaja, thanks to Waze yang dikuasakan oleh Maxis 4G LTE.

Sesampai di Madmonkeyz Climbing Gym, kami terpaksa menunggu giliran kerana ada 3 kumpulan yang berada di hadapan kami.
Apabila sampai giliran kami, semua menjadi kagum dengan ketinggian dinding yang perlu dipanjat.

Cabaran kali ini adalah :
1) Pada satu-satu masa, dua ahli kumpulan akan memanjat dinding yang bertentangan sehingga ke puncak dan mencabut bendera serta membawanya turun ke lantai;
2) Dua lagi ahli yang berikutnya akan membawa bendera itu naik semula dan melekatkannya kembali di puncak sebelum turun semula;
3) Cabaran ini perlu dilakukan dalam masa 6 minit ;
4) Seorang ahli kumpulan perlu merakamkan aksi memanjat dalam tempoh 2 minit untuk dihantar kepada urusetia;
5) Kumpulan yang melebihi waktu yang ditetapkan akan dikenakan penalti sebanyak tambahan masa 20 minit.

Of course Stallion taknak kena penalti. 
Dah lah kami kumpulan paling akhir sampai di Gym tersebut.
Saya dan Rebecca adalah yang mula-mula memanjat dan diikuti Charmaine dan Joel.
Tapi memandangkan Charmaine terjatuh 2 kali, saya dengan sukarela menggantikan beliau memanjat.
Syukur, kami selamat menjalankan cabaran ini.

Masing-masing memang komited sampai Joel tak sedar bahawa jari dia berdarah.
Setelah mendapat sampul dari Marshal di Madmonkeyz Climbing Gym, kami diarahkan untuk kembali ke The Laundry Bar untuk cabaran terakhir.

Setibanya di sana, terlihat ada 5 buah meja dan beberapa potongan tembikai diletakkan di atas meja tersebut.

Cabaran kali ini adalah :
1) Tiga orang ahli kumpulan perlu menghabiskan potongan tembikai sepantas mungkin, tanpa menggunakan tangan;
2) Ketua kumpulan akan membantu dengan menolak atau memegang potongan tembikai bagi membantu rakan beliau;
3) Catatan masa terpantas akan diiktiraf pemenang cabaran.

Of course, Stallion mula merancang strategi untuk menghabiskan tembikai dengan segera.

Pada pusingan pertama, kami menyaksikan 4 kumpulan bertanding terlebih dahulu.
Memang kecoh apabila melihat rakan-rakan membaham tembikai dengan ganas!
Especially team Leopard nie.
Memang terbaiklah diorang nie.
Siap Kifli Mally tarik rambut Budiey untuk membantu Budiey menghabiskan tembikai.
Ganas siot!
Selesai pusingan pertama, kami menunggu satu lagi kumpulan yang masih belum tiba.
Jamuan makan tengah hari dihidangkan tetapi Stallion taknak menyentuh makanan tersebut.
Semuanya nak kosongkan perut untuk membaham tembikai.
Bak kata Joel "Tak pernah rasa sebegini tertekan semata-mata nak makan tembikai"

Apabila tiba giliran kumpulan kami bertanding, kami bersetuju agar Charmaine akan menjadi ketua untuk membantu saya, Rebecca dan Joel menghabiskan potongan tembikai kami.

Nak saksikan macam mana strategi kami?

Hahahahaha.
Dengan menghantukkan kepala ke tembikai, ia membantu memecahkan tembikai agar lebih mudah ditelan dan lebih senang dibaham.
Aksi sebelum cabaran bermula
Ini plak selepas cabaran selesai
Memang gila kumpulan kami.
Jadi macam kuda gila memasing!
Catatan masa kami ialah 1 minit 29 saat!
Yummy
Selesai acara, sementara menunggu keputusan, saya makan!
Hahahha.
Tapi seriously, taknak dah makan tembikai untuk seminggu.
Hahaha.
Sempat juga berbual dengan Ms Yogeswari Thangavelu dan Mr Keith Pereira dari Maxis Corporate Affairs.
Saat yang dinanti tiba.
Sebelum pengumuman pemenang, Ms Yoges berucap bagi pihak Maxis.
Beliau memaklumkan bahawa Maxis sangat mengalu-alukan cadangan dari semua bloggers untuk mengadakan aktiviti sebegini dan kami boleh emel sahaja cadangan kepada beliau.
Nantikan cadangan dari saya ye, Ms Yoges.

Sebelum Ben mengumumkan pemenang, dia memaklumkan bahawa tempat kedua akan mendapat Ipad Mini berserta Maxis 4G LTE Wifi Modem. 
Manakala tempat pertama akan mendapat Samsung Note 3 dan Maxis 4G LTE Wifi Modem.

Leopard bersama hadiah mereka
Selepas Ben mengumumkan tempat kedua, kumpulan Stallion mula merasa agak sugul sebab kami merasakan kami lambat dalam menyelesaikan cabaran di Sunway Lagoon dan Madmonkeyz Climbing Gym.
Masing-masing cam sedih je

Tapi apabila Ben menyebut "And the team that win the first place is .... (drumroll).... Team Stallion!" semua jadi lupa daratan sebab terlompat dan menjerit tak ingat dunia!

Stallion bersama Ben dan Ms Yoges

Hadiah saya!
Well, setakat itu pengalaman manis yang saya perolehi ketika menyertai Maxis 4G Bloggers Blaze tempoh hari.
Terima kasih tidak terhingga kepada Maxis dan Nuffnang sebab sudi menjemput saya.

Gendang gendut tali kecapi
Lain kali sila jemput saya lagi
The whole group!


Post by Maxis.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com