Sebagaimana Lord of The Rings menjadi fenomena antarabangsa, The Hobbit pun dijangka akan melalui kegemilangan yang serupa.
So, apabila Churp-Churp menjemput saya untuk menghadiri Churpremiere untuk The Hobbit : The Desolation of Smaug, sudah pasti saya menyatakan persetujuan saya dengan segera.
SINOPSIS
Ini adalah second installment untuk siri The Hobbit.
Pengembaraan kali ini mengisahkan perjalanan Thorin dan kumpulannya bersama Gandalf menjejak Arkenstone di Lonely Mountain yang didiami oleh Smaug.
Apabila terpaksa meneruskan perjalanan bersendirian tanpa Gandalf di Mirkwood, Thorin dan kumpulannya berhadapan dengan serangan labah-labah gergasi.
Bantuan daripada wood elves yang diketuai oleh Legolas dan Tauriel telah berjaya menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa labah-labah gergasi. Sebaliknya mereka ditangkap oleh Legolas dan dipenjarakan.
Dengan bantuan Bilbo yang ghaib apabila memakai One Ring, kumpulan Thorin berjaya melepaskan diri dari penjara dan melarikan diri menggunakan tong wain yang dibuang melalui sungai.
Tetapi usaha mereka ini disedari oleh Tauriel dan Legolas yang segera mengekori mereka.
Apabila sampai di pagar sempadan negara Elves, kumpulan Orc telah menyerang hendap semua Elves dan juga Thorin serta kumpulannya.
Dengan bantuan oleh Tauriel dan Legolas, kumpulan Thorin berjaya menyelamatkan diri sehingga bertemu dengan Bard.
Bard bersetuju membawa mereka ke Esgaroth di mana mereka berjaya mendapatkan sokongan penduduknya untuk merampas Lonely Mountain daripada Smaug.
Gandalf pula telah menjejak kubur Nazgul yang telah dipecahmasuk dan dikuatiri telah dibangkitkan semula oleh kuasa hitam, Necromancer.
Apabile bertembung dengan kumpulan Orc yang diketuai oleh Azog, Gandalf telah hampir tewas ketika bertarung dengan Necromancer yang akhirnya diketahui identiti beliau iaitu Sauron.
Dengan bantuan Bilbo, Thorin dan kumpulannya berjaya memasuki Lonely Mountain dan memulakan operasi mencari Arkenstone.
Apakah Thorin dan kumpulannya akan berjaya menemukan Arkenstone?
Apakah mereka akan berjaya menewaskan Smaug dan menawan semula Lonely Mountain?
PENILAIAN
Plot : 4.7/5.0. Jalan cerita yang a bit predictable, ringan dan bersahaja. Bagi yang sudah menonton LOTR, kita dapat menjangkakan plot penceritaan bagi The Hobbit.
Penghayatan : 4.7/5.0. Lakonan yang komited.
Will I Watch It Again : 4.6/5.0. I would but in my own home. Tayangan selama 2 jam 35 minit mungkin boleh menyebabkan anda mengantuk.
ika pun tengok juga ni masa premiere screening...ada juga buat review di blog ika... overall memang best! :) ni first time ika tengok the hobbit, encik tunang suruh tengok series LOTR n the first hobbit untuk faham cerita :)
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging . For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com
Search This Blog
Rawlins GLAM
Rawlins_GLAM
Live Life. Wake Up Happy. Make Up & Dress Up. Laugh A Lot. Be yourself, with no apology to humans.
9 Comments
Best bestttt cita ni ! Tapi masa premiere haritu boleh pulak sangkut sangkut. :D
ReplyDeleteEksaited nak tunggu yang next pula. Nak tau apa jadi dengan naga tu.
Memang betul
DeleteSaya pun tak menyabar nak tunggu next @Nuriesya Nadia
awesome. my fav movie. tak pernah miss pun dari LOTR
ReplyDeleteSama le kita @Ija Rased
DeleteSiap buat ulangkaji LOTR sebelum tonton hobbit
ika pun tengok juga ni masa premiere screening...ada juga buat review di blog ika...
ReplyDeleteoverall memang best! :)
ni first time ika tengok the hobbit, encik tunang suruh tengok series LOTR n the first hobbit untuk faham cerita :)
Betul tu @Affy Afiqah
Deletemovie ni mmg best.
ReplyDelete@Sheqynne Hotloverzs Enjoy!
DeleteYang ni pun MB tak sempat nak tonton lagi...macam best..
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com