Devil's Due : The Review


The first movie pada 2014 dan ianya adalah kisah seram.
Thanks to Churp Churp sebab menjemput saya untuk menonton Churpremiere ini.

SINOPSIS
Wayang ini dimulakan dengan permulaan rakaman oleh Zach yang akan mengahwini Sam.
Zach ingin merakamkan semua saat dia dan Sam agar boleh menjadi tatapan ahli keluarga di kemudian hari.

Selesai majlis perkahwinan,  Zach dan Sam telah meraikan bulan madu mereka di Dominican Republic. 

Pada malam terakhir di sana, mereka telah dibawa ke suatu lokasi hiburan di bawah tanah yang tersembunyi. 
Walaubagaimanapun, apabila bangun pada keesokan harinya, mereka tidak mengetahui bagaimana mereka boleh kembali ke hotel dan lain-lain info berkenaan hiburan mereka pada malam sebelumnya.

Setelah kembali ke rumah mereka, Sam mendapati dia mengandung, walaupun dia telah mengambil pil perancang. Walaupun begitu, mereka gembira dengan berita kehamilan itu dan mengumumkannya kepada ahli keluarga mereka.
Mulai dari itu, Zach mula menyedari akan perubahan pada isterinya, yang semakin garang dan pemarah.

Sam juga akan secara tiba-tiba seakan-akan 'terpaku' dan kemudiannya dia akan memaklumkan bahawa dia tidak sedar apa yang terjadi.

Kejadian yang agak mengerikan ialah apabila seorang paderi mengalami muntah darah dan dimasukkan ke hospital setelah melihat perubahan pada muka Sam.

Zach juga mula merasakan bahawa rumah mereka diperhatikan oleh seseorang.

Apakah sebenarnya yang terjadi kepada Zach dan Sam pada malam terakhir mereka di Dominican Republic?
PENILAIAN
Plot : 4.4/ 5.0. Memang tidak adil untuk dibandingkan dengan Paranormal Activity tetapi kerana penggambarannya yang berdasarkan kaedah yang sama, plot cerita yang seakan-akan sama. Walaupun begitu, plotnya agak 'mentah'.

Penghayatan : 4.6/ 5.0. Penghayatan lakonan yang memuaskan.

Will I watch it again : No.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

  1. macam best je..nak try tgk la,,,
    so far movie seram omputih yg paling saya tak suka,paranormal activity sebab tak seram..
    pastu agak bosan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well... @ezyra daniel, corak penggambaran lebih kurang sama dengan Paranormal

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com