Jerebu dan Kesihatan


Sumber : Malaysian Insider 
Apa khabar semua di kala hari yang panas dan berjerebu ni?

Saya dah mula batuk dah.
Bila asyik batuk, perut mula rasa sakit dan sakit dada pun melanda.
Tekak yang perit tak payah cerita lah kan.

So, dinasihatkan, banyak-banyak minum air dan kurangkan aktiviti di luar rumah.
Jika perlu, pastikan anda memakai topeng muka.

Berdasarkan laman rasmi Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar hari ini (5 Mac 2014), kadar IPU di seluruh negara semakin menurun.
Bacaan terkini pada jam 10 pagi


Keadaan ini mungkin disebabkan aktiviti pembenihan awan telah mendatangkan hasil.
Syukur.

Tetapi dua tiga hari yang lepas, keadaan jerebu memang teruk sungguh.
Sampai Lembah Klang diisytiharkan tidak sihat.
Malaysia Kini
Sumber : Malay Mail Online
Paling saya kesian ialah pada anak-anak.
Ramai yang mula menunjukkan kesan jerebu pada kesihatan mereka.
Batuk la, sakit dada la.
Kalau dah mula menunjukkan simptom-simptom tu semua, elok la segera bawa ke klinik untuk rawatan.
Jangan dibiarkan sebab boleh membawa ke penyakit yang lebih serius.

Keadaan kesihatan juga boleh bertambah teruk sekiranya kita menghabiskan masa di dalam kenderaan.
Bagi yang commute untuk ke tempat kerja, hampir 2 jam sehari dihabiskan di dalam kenderaan untuk bergerak ke tempat kerja.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan berjerebu ni, kualiti udara di luar dan di dalam kenderaan juga turut merosot dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada kita seperti penyakit respirasi dan penyakit kulit.

Ditambah pula dengan keadaan kita yang suka makan minum serta menyimpan kasut di dalam kenderaan, memang dalaman kereta kita nie rasanya muncul pelbagai bau la kan.
Manakala lebihan makanan yang jatuh ke lantai, bukan sahaja boleh menimbulkan bau yang kurang enak, malah boleh menimbulkan penyakit.

FAKTA
Kereta mempunyai ruang tertutup menyebabkan bahan pencemar seperti formaldehid, benzena dan ammonia akan menghasilkan bakteria dan hama dalam keadaan suhu serta kelembapan yang sesuai di mana akan menyebabkan kesan negatif pada kesihatan kita sebagai penumpangnya.

Keadaan ini menyebabkan kita merasa pening, keletihan dan mual, malah dalam jangka masa panjang akan mengakibatkan penyakit respirasi seperti bronkitis, pneumonia dan lain-lain.

Pada masa yang sama, Staphylococcus aureus yang dijumpai di dalam kebanyakan kereta didapati menghasilkan bau ganjil, debu dan kotoran yang akan turut mempengaruhi fungsi pendingan kereta menjadi kurang berkenan.

Perasan tak jika ada di antara ahli keluarga kita yang akan bersin apabila masuk dalam kenderaan?
Itulah di antara petunjuk yang kereta kita dalam keadaan yang tidak sihat.

Saya merasa lega kerana ditemukan dengan Biozone Car Sterilizer.

Apa itu?

Biozone Car Sterilizer ini adalah sistem penulenan udara (air purification) yang menggunakan teknologi 'cold plasma' yang menggabungkan oksigen dan ion dalam udara untuk menghasilkan ozon (O3). Ozon dapat menyingkirkan bahan pencemar seperti VOC (volatile organic compounds) yang berbahaya serta bakteria, menyegarkan udara dan meneutralisasikan gas-gas beracun serta menyingkirkan bau tembakau serta bau lain. Setelah ozon menguraikan bahan pencemar, ia akan kembali menjadi oksigen dan sekaligus menjadikan dalaman kenderaan anda segar, segar dan sihat.

Paham tak?

Bahasa mudahnya - Biozone Car Sterilizer ini menggunakan teknologi mesra alam yang membantu menghilangkan bauan tak elok serta menjadikan dalaman kenderaan kita lebih sihat. Begitu juga ia membantu menapis udara yang masuk, maka kita tidak menyedut gas serta udara yang tidak dari luar apabila kita berada di dalam kenderaan untuk masa yang panjang.

Selalunya kita pakai la macam-macam jenama nak mewangikan kenderaan kita yang diletakkan puluhan pasang kasut. Tu tak kira lagi yang jarang vakum kereta, maka akan ada lebihan makanan yang banyak di lantai kenderaan kan.

Logikal thinking, seunit pewangi kenderaan berharga RM10 x 12 bulan x 3 tahun = RM360.
Kenapa saya kira tiga (3) tahun?

Ini kerana Biozone Car Sterilizer boleh digunakan selama 3 tahun iaitu penggunaan maksimum secara harian.
Dan harganya hanya RM175 sahaja.
Tu dah jimat separuh dah tu.

Cara pemakaian pun senang sangat - Plug and Play.
Camne?

Senang kan.
Dah la ringan, selamat dan murah plak tu.

PROMOSI
Pembelian melebihi 3 unit Biozone Car Sterilizer, produk unit ke-4 dan berikutnya akan menjadi RM150 seunit.
Sehingga April 2014 sahaja.

Sedikit info berkenaan Biozone Car Sterilizer ialah ia tidak boleh digunakan di rumah kerana voltan kuasa di rumah adalah tinggi dan boleh menyebabkan terbakar.

Info tambahan berkenaan keselamatan Ozon.
US FDA = 0.05ppm
EPA = 0.08ppm
OSHA = tidak melebihi 0.1ppm bagi tempoh 8 jam
NIOSH = tidak melebihi 0.1ppm 
Biozone Car Sterilizer = kurang 0.03ppm
Udara semulajadi = 0.02ppm - 0.1ppm 


Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments