Aku dan Kereta


Hello semua.

Dah renew car insurance & road tax belum?
Belum?
Adoyai!

Nape susah-susah!
Sekarang semua di hujung jari kan!

Nak lagi senang, boleh je lawat RichPlan4U.com dan daftar guna Borang yang disediakan.

Senang kan?

Pastu siap ada tawaran 15% diskaun bagi yang membuat pre-book sebelum 31 Mac nie. Maksudnya, walaupun roadtax atau insurans anda tamat 31 Disember, jika buat pre-book sekarang, dapat diskaun 15%!

Menarik kan!!

Berbaloi sangat-sangat kan guna perkhidmatan RichPlan4U nie.
Dah la online (takyah nak beratur panjang, tunggu giliran pastu hadap muka assistant yang keras kematu takleh senyum sebab botox lebih), cepat pula perkhidmatannya (1 - 2 hari bekerja).
Kemudian dapat diskaun pula kan.

RichPlan4U buat macam-macam tau. Bukan setakat memperbaharui roadtax dan insurans je, atas permintaan anda, pemeriksaan saman, pengambilan geran kenderaan dan tuntutan juga disediakan. Malah penulisan wasiat pun ada. One-stop centre lah lebih kurang.


Cerita pasal kereta nie, teringat peristiwa yang berlaku dalam 6 tahun lepas.

Ada seorang kawan yang kerjayanya seorang guru baru dipindahkan dari Bumi Kenyalang ke Kajang.

Dah la first time sampai Semenanjung, takde kawan atau kenderaan langsung dia.

So, saya bantu la dia seadanya.

Yang lagi sadis, lesen kenderaan pun dia takde!

So, seawal 2 -3 bulan pertama tu, saya bantu la jika dia nak ke mana-mana kan.

Suatu hari tu, dia nak bank-in duit di Maybank.

Saya hantar dia dan menanti dia di pinggir jalan sahaja.

Tidak beberapa lama kemudian, saya dapati dia tergesa-gesa masuk kereta dan minta saya bergerak dengan segera.

Saya tanyakan kenapa tapi dia kata nanti dia cerita.

Selang beberapa minit kemudian, dia pun bercerita.

"Selesai aku bank in, aku pun terus menuju kereta dan masuk ke bahagian penumpang.
Aku terkejut apabila aku dapati ada gadis India yang sedang menggunakan lipstick duduk di bahagian pemandu. Gadis India itu terkedu memandang aku sebelum dia menjerit minta tolong!
Aku pula meminta  maaf dan segera lari keluar dari kereta! 
Itu sebabnya aku minta kau segera berlalu pergi."

Saya pun bertanya " Kereta apa yang dia pakai?"

Dia menjawab " Entah. Aku rasa macam sama je kereta korang"

Saya bertanya lagi "Dia kat depan aku ke tadi?"

Dia menjawab " Ye, betul-betul depan kau. Tu sebab aku keliru"

Aku menepuk dahi mendengar cerita dia.

Macam mana la dia boleh samakan Harrier dengan Kancil yang aku bawa.

Umpama semut dan gajah bezanya!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com