Eclipse Is Here


Bukan!
Itu bukan tajuk siri The Twilight yang terbaru!

#EclipseIsHere adalah hashtag yang digunakan oleh OSK Property semasa pelancaran service apartment yang terbaru iaitu Eclipse Residence at Pan'gaea pada 12 April 2014 yang lepas.
Cantik kan
Teruja kan bila membaca "Eclipse" tu.
Apabila siap kelak, dijangka ada 668 fully-furnished service apartments yang ditawarkan bermula dari harga RM364,800.

Terletak di Cyberjaya, Eclipse Residence dijangka akan menjadi satu lagi pusat tumpuan kerana keunikan yang akan wujud di residen ini kelak.
Dengan adanya pusat membeli-belah sendiri, terletak berhampiran dengan pelbagai syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi serta berada di tengah-tengah laluan utama yang menghubungkan Shah Alam, Puchong, Kajang dan Subang, Eclipse Residence merupakan satu aset hartanah yang sangat berbaloi untuk dimiliki.
Saya difahamkan bahawa hartanah ini akan siap sepenuhnya pada 2017/ 2018.
Tak lama lagi la tu kan.

Hampir lupa satu ciri yang saya rasakan sangat menarik.
Eclipse Residence juga adalahs satu-satunya kediaman yang menyediakan kolam renang dengan konsep 'pantai'!
So lepas nie kalau taknak travel jauh-jauh, just pergi ke Eclipse Residence untuk merasakan suasana di pantai.
Terima kasih kepada Ruby sebab sudi menjemput saya untuk hadir bersama semasa pelancaran hartanah Eclipse Residence ini.
Turut hadir pada masa itu Shakido dan Hafiz.
(Semua blogger2 otai, buat aku neves sungguh)

Pelancaran ini dijalankan di Pan'gaea Show Village di Cyberjaya.

Saya terpegun apabila masuk ke bilik pameran selepas melihat miniature bangunan yang diletakkan.
Memang menarik hati.
Shopping complex dia plak macam Stadium The Cube di China tu.
Suka giler tengok miniature building nie
Selepas diperkenalkan kepada wakil OSK Property, kami dipersilakan menjamu selera dengan buffet.
Yang penting lupa nak ambil gambar makanan.

Setelah selesai, kami dibawa melawat tiga rumah contoh yang disediakan.
Sebelum terlupa, nak bagitahu yang rumah ini adalah FreeHold dan Fully Furnished.

Type 1 : Uno Suites (450 sq. ft.)
Uno Suites berserta perabot yang disediakan
Pada pendapat saya, rumah ini sesuai untuk golongan bujang dan newly weds. Dengan satu bilik tidur dan bilik air, ruang ini selesa dan luas untuk yang single atau baru berkahwin.

Type 2 : Duo Suites (650 sq. ft.)
A simple and lovely deco
Rumah ini memiliki dua  bilik tidur dan dua bilik air serta ruang tamu yang luas. Sesuai untuk keluarga yang baru berkembang dengan seorang anak.

Type 3 : Loft Suites (950 sq. ft)



Pada saya, rumah ini yang paling mewah. Dibina dengan konsep duplex, bilik tetamu/ single bedroom ditempatkan di aras bawah bersama-sama ruang tamu, bilik dapur dan bilik air.
Manakala di ruang atas pula menempatkan master bedroom  berserta bilik air. Konsep almari pakaiannya luas sehingga seakan-akan walk-in closet.
Teruja dan terus terasa nak beli Loft Suites!

Seriously, apabila saya memandangkan deco di dalam ketiga-tiga rumah ini, saya dapat merasakan seperti berada di set Sex and The City - Hollywood Glamour, New York and Modern style!
Fefeeling terus!

Terdapat macam-macam acara yang dijalankan sepanjang hari pelancaran, sesuai untuk yang berusia, muda dan kanak-kanak.
Siap ada persembahan tarian.

Yang saya rasa seronok sebab ada pameran figura Transformers dari tahun 1970-an sehingga yang terkini.
Tersenyum ceria saya apabila dapat memegang figura-figura tersebut.
Transformers!
Bagi maklumat lanjut berkenaan hartanah Eclipse Residence, boleh google #EclipseIsHere atau lawati je www.pangaea.com.my.
Nak senang just boleh hubungi 03-83186366 untuk menetapkan tarikh lawatan rumah contoh tersebut.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

1 Comments

  1. Terima kasih atas sharing ini. Saya sedang mencari tempat baru dan servis sewa lori kargo untuk pindah barang-barang saya. Saya akan mencari maklumat lebih lanjut tentang Eclipse ini.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com