The Amazing Spiderman 2, Rise of Electro - The Review



Bila baca tajuk dan tagline bagi The Amazing Spiderman 2 - Rise of Electro nie, terasa sangat tidak sabar untuk menontonnya.
"His greatest battle begins" dan gambaran 3 musuhnya menjadikan saya sangat teruja nak menonton sekuel ini.

Terima kasih +ChurpChurp  sebab sudi mengajak saya menonton #Churpremiere untuk menonton sekuel kepada The Amazing Spiderman yang telah ditayangkan pada 2011. Wayang ini adalah keluaran Columbia Pictures berdasarkan karakter oleh Marvel Comics.

SINOPSIS
Peter Parker mula menikmati kehidupannya sebagai Spiderman dengan meronda di sekitar New York.
Sungguhpun begitu, Peter masih lagi dihantui perasaan bersalah ke atas kematian ayah Gwen dan kata-kata akhir beliau turut menyebabkan dia berasa tidak selesa untuk mendekati Gwen.
Gwen memutuskan perhubungannya dengan Peter

Apabila mendapati Peter serba-salah untuk meneruskan hubungan dengannya, Gwen mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Peter dan Harry berkawan baik
Harry memohon 'darah' dari Spiderman
Apabila Harry Osborn kembali ke New York untuk melawat ayahnya yang nazak, dia dimaklumkan bahawa penyakitnya adalah genetik dan boleh diwarisi. Apabila ayahnya mati, Harry dilantik menjadi CEO yang baru untuk OsCorp. Dengan pelantikan itu, Harry berusaha untuk menggunakan segala kemudahan yang ada untuk merawati penyakit yang diwarisi dari ayahnya. Berdasarkan satu fail peninggalannya ayahnya, dia mendapati bahawa melalui kajian dan darah termutasi Spiderman, dia memiliki peluang untuk sembuh. Apabila dia meminta pertolongan dari Peter yang disangkakan kawan baik kepada Spiderman, Peter terpaksa menolak kerana tidak ingin membahayakan nyawa Harry.
Spiderman menyelamatkan Max


Max menjadi obses


Max @ Electro mengamuk di Times Square
Spiderman berjaya 'memadamkan' kemarahan Electro

Max Dhillon, seorang jurutera di OsCorp menjadi obses dengan Spiderman selepas kejadian beliau diselamatkan oleh Spiderman. Di dalam suatu kejadian di tempat kerja, dia telah terjatuh ke dalam kolam yang berisi belut elektik dan termutasi dengan memiliki kuasa elektrik.

Apabila Max mengamuk di Times Square, Spiderman cuba untuk menenangkan beliau tetapi apabila pihak polis menembaknya dan menyebabkan dia tertangkap serta dihantar ke Ravencroft Institute, Max yang kini menggelar dirinya Electro menjadi berdendam terhadap Spiderman.



Harry pula telah menemui kajian senjata yang dijalankan oleh mendiang ayahnya. Dia telah menghasut Electro untuk berpihak padanya dan bersetuju untuk bersama-sama memusnahkan Spiderman.
Harry telah menggunakan senjata "Green Goblin" dalam usahanya untuk memusnahkan Spiderman.


Peter pula telah menemui makmal rahsia ayahnya berserta dengan beberapa maklumat lain yang boleh membersihkan imej ayahnya yang disangkakan pengkhianat.

Bagaimanakah hubungan Peter dan Gwen?
Sanggupkah Peter memilih Spiderman berbanding keselamatan insan yang disayanginya?
Berjayakah gabungan The Green Goblin dan Electro untuk memusnahkan Spiderman?

PENILAIAN
Plot : 4.5/5.0. Penceritaan pada babak awal adalah sangat perlahan sehingga saya tertidur sekejap. Perkembangan kisah cinta di antara Peter dan Gwen mengambil sebahagian besar daripada babak awal. Tetapi perkembangan kisah itu membawa kepada pengakhiran yang tidak dijangka. So, sila jangan tertidur seperti saya.

Babak aksi sememangnya ditunggu-tunggu. Tetapi malangnya, babak pertembungan Spiderman dengan Green Goblin dan The Rhino tidak sebanyak mana. 
Yep, mungkin kerana itu tajuknya Rise of Electro maka penekanannya kepada Electro.
So, kita nantikan lebih banyak villain pada sekual yang akan datang.

Penghayatan : 4.8/5.0. Saya menyukai pendekatan watak Peter yang bersahaja dan ada kalanya adalah lawak walaupun ketika dia menjadi Spiderman. Penghayatan yang hebat dari semua pelakon.

Will I watch it again : Yes, I will. I will watch it in 3D and will buy the DVD too.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

  1. Haa, baru je layan sekuel The Amazing Spider-Man ni semalam dalam 3D...memang best...kalau tengok Spider-Man ni memang lagi feeling kalau tonton dalam 3D...scene melompat dari bangunan tu memang nampak real....seolah2 kita yang jadi SPIDER-MAN...

    Bab awal masa dalam kapal terbang tu macam menggangu sikit...kalau dapat pula seat depan mesti sakit mata tengok...bergegar2...adehhh

    Tapi apa yang kurang best...pertarungan dengan Green Goblin tu kenapa jadi terlalu kejap sangat...tak thrill...yang lagi spoiled...masa lawan Rhino la...nak kena tunggu sekuel ketiga mungkin pada Jun 2016...huhu

    ReplyDelete
  2. Seronok kan Ezad
    Memang akan menonton 3D kalau gitu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com