U-Cafe Wangsa Walk


Saya bukan seorang yang kuat makan (in a very deep denial state - ko rasa!), tetapi pada saya makan itu wajib.

Percubaan pertama membuat food review bersama +Maha Mahu dahulu meninggalkan kenangan yang manis dan juga perut yang kenyang serta tastebuds yang kegirangan.
Coaster yang cute!

Apabila blogger faymes Eida menjemput saya untuk membuat food review, dengan segera saya bersetuju.
Rupa-rupanya ada ramai lagi yang join hari tu.
Semuanya blogger otai seperti Hazman Fadzil, Shakido, Umi Qi, Wiida @ Nora Danish, Innanie, Nory, Ainaa, Eizil, Nadia, Jamar, Fauzi, Ieza,  Alyza dan Safura.
Lokasinya adalah di U-Cafe yang bertempat di Wangsa Walk Mall.
Dekat je kan.
Alamat U-Cafe adalah seperti di bawah :

U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Contact Person :
Ms Rachel (019.3133.668)
Cawangan Sg. Wang (03.2142.9686)
Cawangan Wangsa Maju (03.4131.9686)

FB : U-Cafe

Selepas penerangan serba sedikit daripada Jonathan dan Rachel, kami dimaklumkan bahawa kami akan membuat ujian rasa terhadap 18 jenis juadah!
Mau pengsan perut nie nanti.
Menu minuman yang sangat colourful!
Barisan minuman yang sexy!
And this is Ms Shirley Temple!
Bagi melancarkan perjalanan makanan yang banyak itu, saya memilih minuman yang diberi nama Shirley Temple.
U-Cafe Wangsa Walk ini ada sijil Halal ye.
So, jangan nak memandai buat tanggapan yang pelik-pelik.
Combo Platter : RM26.90
Popcorn Chicken Green Salad : RM14.90
Spagehti Aglio - Olio with Seafood : RM26.90
Salmon Fillet : RM39.90
Classic Chicken Carbonara : RM18.90
Persembahan juadah dibahagikan kepada 3 bahagian.
Bahagian pertama ini saya suka nak gelarkan sebagai Western Treats (memandai aku je bagi nama).
Dimulakan dengan Combo Platter, diikuti oleh Popcorn Chicken Green Salad, Spagheti Aglio-Olio with Seafood, Salmon Fillet dan diakhiri Classic Chicken Carbonara.
Bagi insan yang tidak pandai memasak tetapi gemar makan, kesemua juadah dalam bahagian ini menepati citarasa saya.
Paling saya gemari adalah Classic Chicken Carbonara dan Spagheti Aglio-Olio.
Portion yang dihidangkan memang sesuai untuk individu. 
Tidak terlalu besar dan mengenyangkan.
Kalau nak candle light dinner dengan yang tersayang, makanan ini memang sesuai.
Nasi Bonjori : RM13.90
Nasi Lemak : RM13.90
Fried Rice in Japanese Style : RM17.90
Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop : RM17.90
Stir Stewed Chicken with Three Cups Sauce : RM20.90
Fried Prawn with Salted Egg-Yolk (Big) : RM38.90
Fried Prawn with Salted Egg-Yolk & Season Vegetables in Yam Basket Rice : RM20.90
Fried Kailan with Salted Fish : RM13.90

Apabila masuk ke bahagian kedua hidangan, palet rasa Asia terus diterjah secara habis-habisan.
Bahagian ini saya nak namakan Asian Explosion kerana letupan deria rasa memang maksima pada bahagian ini.
Bermula dengan Nasi Lemak, diikuti Nasi Bonjori, Fried Rice in Japanese Style, Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop, Stir Stewed Chicken with Three Cups Sauce, Fried Prawn with Salted Egg-Yolk (big), Fried Prawn with Salted Egg-Yolk & Season Vegetables in Yam Basket Rice dan yang terakhir Fried Kailan with Salted Fish.
Paling saya gemari dalam bahagian ini adalah Fried Rice in Japanese Style dan Stir Stewed Chicken With Three Cups Sause. Ala-ala Japanese dan Chinese dishes rasanya.
Sesuai benar dengan lidah saya nie yang mix (perasan plak).

Sebenarnya apabila hampir selesai bahagian kedua ini, kesemua bloggers dah macam kekenyangan. 
Ye la.
18 Juadah tu!
Tapi, dek kerana sedap, kami teruskan jua.
Penang Curry Laksa : RM13.90
Penang Char Kway Teow : RM10.90
Pan Fried Kway Teow with Beef : RM10.90
Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel : RM17.90
Stir Fried Glass Noodle with Soft Shell Crab : RM17.90
Bahagian ketiga lebih kepada citarasa Malaysia dan saya namakannya, Exclusively Malaysia.
Sedap, menarik dan mengenyangkan!
Portionnya memang sesuai untuk seorang.
Dimulakan dengan Penang Curry Laksa dan diikuti oleh Penang Char Kway Teow, Pan Fried Kway Teow with Beef, Fried Vermicelli with Sambal Sause & Mussel dan yang terakhir, iaitu juadah ke-18, Stir Fried Glass Noodle with Soft Shell Crab.

Kagum sebenarnya dengan U-Cafe sebab menu dia yang sangat variety and fusion.
So, kalau anda dan rakan-rakan pening nak memikirkan lokasi menjamu selera, pergi je ke U-Cafe nie.
Semua ada.
Western, Asian dan Malaysia's dishes memang banyak dan sedap!
Dare I say their dishes are true to the nature?
I would say yes, with regards to the Asian Explosion dan Exclusively Malaysia, memang authentic la rasanya.

Nak buat party pun boleh kat sini.
Nak mengupah untuk katering di rumah pun diterima.

So, tunggu apa lagi?
Jom mengusik deria rasa anda dengan menjamu selera di U-Cafe.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

4 Comments

  1. Hello mr rawlin....owwwwwwwww i really like your entry....sgt cantik u buat susun atur part by part in one entry hihihi....thanks a lot letak link Umi Qi lagi...awwwww sgt terharu....rawlin nice to meet u ya...mmg makanan di U-Cafe sgt sedap....terkejut sgt sbb x sangka restoren simple mcm ni leh menyediakan menu setanding di hotel...bahkan ia murah....kan....hebat!

    i Follow ur blog... :)

    xoxo,
    Umi Qi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih juga @Umi Qi sebab sudi terjah blog saya.
    Macam nak gi makan lagi plak rasanya

    ReplyDelete
  3. Ok fine! I olls blm ckup hebat. Huhu. Ohmai korang buat entry superb.

    ReplyDelete
  4. Alamak...
    Tak sempat senaraikan semua
    Maaf @Ieza Ashaari

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com