Anda cukup tidur?



Apa khabar semua?
Sihat?
Tidur anda cukup tak?
Kesan kekurangan waktu tidur berkualiti
Kebelakangan ini ramai yang tidak mempunyai tidur yang cukup.
Tetapi berapa lama sebenarnya tidur yang cukup?
Do you sleep enough?
Walaupun waktu anda mencukupi, adakah ianya berkualiti?
Hehehehe.

Berdasarkan Division of Sleep Medicine, Harvard Medical School (laman web di sini) terdapat perkaitan di antara penyakit kronik dan kekurangan tidur.

Tiga kajian yang dijalankan adalah seperti berikut :
1) Sleep Deprivation Studies yang melibatkan kajian terhadap kesan perubahan fisiologikal yang boleh menyebabkan penyakit dalam diri individu kerana kekurangan tidur. Didapati perubahan yang jelas adalah peningkatan tekanan darah, kawalan glukosa darah terjejas dan peningkatan keradangan.

2) Cross-sectional Epidemiological Studies yang melibatkan pengisian maklumat berkenaan tabiat tidur pengidap penyakit tertentu.  Didapati bahawa peningkatan atau pengurangan waktu tidur boleh dikaitkan dengan hypertension, diabetes dan obesiti. Tetapi, kajian ini tidak dapat menjelaskan dengan jelas bagaimana kekurangan tidur menyebabkan penyakit atau penyakit yang menyebabkan kekurangan tidur.

3) Longitudinal Epidemiological Studies adalah kajian yang memberikan bukti paling kuat. Kajian dijalankan untuk satu jangka masa yang panjang pada subjek yang sihat bagi mengesan tabiat tidur dan penyakit yang dialami. Walaupun buktinya masih belum kukuh, kemungkinan perubahan pada tabiat tidur dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kronik mahupun mengurangkan kesan penyakit sedia ada.

Berikut pula adalah di antara penyakit yang dikenalpasti mungkin berpunca daripada kekurangan tidur pada individu.

1) Obesiti
Source : Sleep Benefits
Didapati bahawa individu yang tidur kurang daripada 6 jam setiap malam berkemungkinan besar akan memiliki BMI yang tinggi daripada normal. 
Manakala yang tidur lebih daripada 8 jam semalam pula memiliki BMI yang lebih rendah. Tidur kini telah dikenalpasti sebagai faktor terbesar menyumbang kepada obesiti, di samping kekurangan senaman dan makan berlebihan.

Ketika tidur, badan akan merembeskan hormon yang membantu mengawal selera, metabolisme dan pemprosesan glukosa badan. Tidur yang kurang berkualiti akan menyebabkan peningkatan rembesan insulin selepas makan. Insulin adalah hormon yang mengawal pemprosesan glukosa badan dan menggalakan penyimpanan lemak, yang mana peningkatan tahap insulin selalunya dikaitkan dengan pertambahan berat badan - satu lagi faktor kepada diabetes.

Kekurangan tidur juga mengurangkan kadar leptin (hormon yang mengingatkan otak bahawa kita sudah kenyang) dan meningkatkan ghrelin (biokimia yang menggalakkan selera makan).
So, kalau anda bangun dan merasa lapar, bermakna waktu tidur anda adalah tidak berkualiti.

2) Diabetes
Source : Diabetes
Kajian mendapati kekurangan tidur boleh mengakibatkan Type 2 Diabetes. Didapati pengurangan waktu tidur menyebabkan pemprosesan glukosa badan yang lebih lambat.

3) Heart Disease and Hypertension
Source : Effects of Losing Sleep
Didapati pengidap hypertension akan mengalami peningkatan tekanan darah sekiranya tidak mendapat tidur yang mencukupi, walaupun hanya semalam. Ini juga mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular dan strok. Didapati juga bahawa waktu tidur yang ekstrem (terlalu sedikit atau terlalu lama) boleh meningkatkan risiko penyakit koronari di kalangan wanita.

4) Mood Disorders

Kita masing-masing menyedari kesan segera apabila tidak mendapat tidur yang mencukupi - BAD MOOD sepanjang hari pada keesokan harinya. Bagaimana pula jika anda mengalami masalah tidur yang tidak mencukupi buat jangka masa yang lama (kronik)? Maknanya, anda akan mengalami BAD MOOD yang berpanjangan. Dan ini boleh membawa kepada masalah lain iaitu kemurungan, tekanan jiwa dan kebimbangan pada diri individu.

5) Keimunan Individu
Kebiasaannya, apabila deman/ sakit, kita dinasihatkan berehat dan tidur. Didapati bahawa kadar penyembuhan adalah lebih tinggi sekiranya kita mendapat rehat dan tidur yang mencukupi.

6) Jangka hayat
Kalau dah jangka masa tidur yang tidak mencukupi boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kronik, maka ia sekaligus memendekkan jangka hayat kita. 
So, get a better and relaxing sleep to prolong your life expectancy.
Do not deprive yourself the longer time to spend with your loved ones.

Jom dapatkan Bio Velocity Sleep Mates untuk mendapatkan tidur yang berkualiti untuk diri dan seisi keluarga.
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

2 Comments

  1. kekadang cukup, dan kekadang tak... huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Kena dapatkan tidur yang berkualiti @CikLily Putih
    Nanti baru nak awet muda

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com