Berbuka Puasa di Tonka Bean Cafe, Impiana Hotel KLCC


Apa khabar semua hari ini?
Macam mana puasa masing-masing?

CAUTION
Maaf ye sebab entry ini mungkin akan mengakibatkan anda bertambah lapar!
Suasana Tonka Cafe, Impiana Hotel KLCC yang tenang dan luas

Mudah-mudahan sihat untuk mengerjakan ibadah puasa dan moga amal kita diterimaNya.
InsyaAllah
Sebahagian rakan blogger yang hadir

Terima kasih kepada pihak pengurusan Impiana Hotel KLCC kerana sudi menjemput saya dan beberapa rakan blogger (Cik Lily Putih, Mahamahu, Jae Hashim, Kifli Mally, Hazman Fadzil,  Macikz Konah, Nannie Isa Pena Berkala di antaranya) untuk menjamu selera di buffet Ramadhan.

Dengan tema "Delicious Dining Spread", Tonka Bean Cafe menyajikan lebih daripada 200 jenis juadah dan hidangan bersempena Ramadhan.

Menu utama dan terbaru daripada Tonka Bean Cafe adalah Sup Gear Box yang dihidangkan khas sempena Ramadhan. 
Pilihan juadah memang menampilkan masakan Melayu yang dimasak oleh Chef Ali.

Di antara juadah yang bakal dinikmati di Tonka Bean Cafe adalah seperti Kerabu Mangga dan Sotong, Tauhu Bakar, Belinjau, Salmon Gravalax, Oyster, Chicken Shawarma, Kepak Ayam Panggang Madu, Ikan Bakar with Bumbu Sauce, Cencaru Sumbat serta banyak lagi.
Ye la, ada 200 jenis juadah kan.
Ramadhan buffet display
Sup Gear Box

Anika Kari Makanan Laut

Roasted Lamb

Sebahagian daripada bahan untuk juadah
Seafood Grill

Nasi Tomato dan Nasi Briyani Gam Ayam
Lemang, ketupat serta serunding pun ada

Serawa durian dan pulut

Aneka kuih muih
Chocolate fountain pun ada

Satu lagi keistimewaan berbuka puasa di Tonka Bean Cafe, Impiana KLCC adalah adanya jus tebu yang segar dan juga buah-buahan tempatan yang dihidangkan bersama. 
Hanya di Tonka Bean Cafe, Impiana KLCC sahaja masyarakat kota mampu menjamu selera dengan durian, rambutan, manggis serta lain-lain buah-buahan tempatan.
Tu dia - durian di tengah bandar!




Hampir-hampir terlupa pula nak menyebut berkenaan pencuci mulut/ dessert yang disediakan.
Ada 18 jenis perisa ais krim Baskin Robbins yang menanti anda semua.
Kecur tak liur sekarang?
18 perisa ais krim Baskin Robbins menanti

Harga pakej ini pun berpatutan.
Mulai 29 Jun sehingga 27 Julai 2014, harga istimewa bagi pengunjung adalah RM118++/ individu manakala bagi kanak-kanak berusia dari 6 tahun - 12 tahun, harga pakej adalah RM50++/ individu.
Kanak-kanak di bawah 6 tahun boleh makan PERCUMA!

Ada lagi tawaran istimewa nie.
Bagi 3 hari pertama dan terakhir di bulan Ramadhan ini, tawaran pakej menjadi RM108++/ individu bagi dewasa!
Cepat-cepat tempah pakej anda sekarang!

Bagi 1,000 pengunjung yang pertama, anda akan berpeluang mendapat baucar Aquaria KLCC bernilai RM5.00.
Manakala bagi 5,000 pengunjung yang pertama, anda akan mendapat baucar pembelian RM10.00 untuk barangan HIJAB2GO (HIJAB2GO.com). Sesuai sangat untuk semua wanita!

One thing that is sure "You'll be spoilt for choices"

Tonka Bean Cafe
Impiana Hotel KLCC
13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : 603-2147 1111 ext 3315
Website : www.impiana.com

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

0 Comments