Ingat lagi tak Rise of the Planet of the Apes pada 2011? Bagi #villagepeople yang membesar sekitar 90-an, mesti ingat siri Planet of the Apes yang popular ketika itu.
Dah asyik menonton trailer setiap kali ke panggung, so apabila +ChurpChurp menjemput untuk #Churpremiere bagi Dawn of the Planet of the Apes, memang saya tidak lepaskan peluang.
Ye la, nak gak tahu apa terjadi pada Caeser dan penduduk Bumi selepas jangkitan virus ALZ -113 pada juruterbang itu merebak ke seluruh dunia kan.
SINOPSIS
Populasi manusia semakin mengurang selepas merebaknya virus ALZ-113 ke seluruh dunia.
Manakala populasi apes semakin bertambah di bawah pimpinan Caesar dan mereka telah mendirikan penempatan di Muir Woods.
Apabila Ash ditembak oleh sekumpulan manusia ketika berjalan di dalam Muir Woods, Caesar mengambil tindakan untuk bertemu dengan kumpulan manusia yang bersembunyi di runtuhan kota untuk memberi amaran agar mereka tidak lagi masuk ke Muir Woods bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini pada kedua-dua pihak.
Malcolm berserta keluarganya telah memohon keizinan daripada Caesar untuk menghidupkan janakuasa elektrik di empangan yang berada di dalam Muir Woods.
Keluarga Caesar dan Malcolm menjadi semakin rapat dan mula terbit kepercayaan di hati Caesar kepada manusia semula.
Sungguhpun begitu, Dreyfus, ketua kumpulan manusia tidak masih mempercayai apes.
Apabila anak Caesar diancam oleh Carver, salah seorang pengikut Dreyfus, ketegangan muncul semula di antara manusia dan apes.
Kejadian bertambah buruk apabila Koba mula mempersoalkan kesetiaan Caesar dan telah bertindak menceroboh gedung senjata serta membunuh pengawal yang bertugas.
Dengan menggunakan senjata api yang dicuri, Koba telah berdepan dengan Caesar dan pergaduhan meletus.
Koba telah menembak Caesar dan menjangkakan dia telah mati, Koba mengambil alih tampuk pimpinan.
Mana yang mengikut arahan Koba akan diselamatkan manakala yang menentang dan setia kepada Caesar, ditangkap dan dikurung.
Di bawah pimpinan Koba, apes mula bertindak lebih ganas dan melancarkan perang kepada manusia.
Malcolm menemui Caesar yang hampir mati kerana pendarahan dan merawat Malcolm di rumah lama Caesar.
Dengan bantuan Malcolm serta Blue Eyes, Caesar berusaha mendapatkan semula puaknya dan cuba menghentikan peperangan di antara manusia dan apes.
Adakah Caesar akan berjaya dalam misinya bagi menyelamatkan kedua-dua puak, manusia dan apes?
PENILAIAN
Plot : 4.8/5.0. Jalan cerita yang agak berat kerana melibatkan elemen penguasaan perasaan di kedua-dua puak. Penceritaan yang jelas serta lancar. Sekuel ini menyaksikan perebutan kuasa di antara manusia dan apes serta perebutan kuasa dalaman.
Penghayatan : 4.8/5.0. Penguasaan watak yang mantap dari semua, baik pelakon utama mahupun pembantu. CGI yang mantap menjadikan penceritaan yang believable.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com