Kek Lemon Nan Lazat Dengan Philips Electric Pressure Cooker
APA?
Rawlins masak?
Hehehehe
Bukan itu persoalannya.
Persoalan lagi besar, Philips Electric Pressure Cooker boleh digunakan untuk memasak kek?
Yes, memang boleh.
Philips Electric Pressure Cooker ni ada banyak fungsi, termasuk mengukusm memasak dan juga membakar kek.
Nak masak nasi pun boleh.
Manakala untuk fungsi memasak pula telah disediakan preset fungsi untuk ikan, daging, ayam dan juga untuk kek.
Kan senang dah kat situ.
Mula-mula tu ingatkan nak try buat ayam masak lemak cili api, tetapi sebab memang 'kaki bangku' nak masak, maka memilih untuk memasak kek.
Tu pun beli tepung ready-mix.
Kalau mengharapkan saya membuat adunan, maka kek akan jadi keras kematu sepertimana simen jalan.
Persiapan untuk memasak kek ini senang je.
Pertamanya, perlu ada mixer.
Kedua, beli tepung ready-mix (apa jenis terpulang pada diri sendiri)
Ketiga, perlu ada minyak tumbuhan.
Keempat, 4 biji telur.
Kelima, air masak.
Senang kan?
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan kisar bersama.
Setelah sebati kisaran anda tadi, masukkan dalam loyang non-stick Philips Electric Pressure Cooker.
Kemudian pilih butang Cake.
Terus keluar preset time iaitu 45 minit.
Saya terus membuat perkara lain (tonton TV) sementara menunggu kek saya siap.
Ting!
Dah siap.
Setelah menunggu pressure keluar dari periuk, saya keluarkan kek saya yang gebu dan montok.
Macam mana saya keluarkan?
Just telangkupkan dan kek saya keluar dari loyang tanpa sedikit pun terlekat pada loyangnya!
Here you go!
My tangy and voluptuous lemon cake!
Jangan tak percaya tau.
With Philips Electric Pressure Cooker, everyone can become a chef!
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com