Rezeki Iftar bersama eWana FM dan Pak John Steamboat


Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, rezeki saya beriftar bersama rakan-rakan dipermudahkan.

Lagi seronok apabila dapat jemputan daripada eWana.FM untuk berbuka bersama-sama di Pak John Steamboat.

Apa itu eWana.FM [klik sini]?
Mesti ada yang tak pernah dengar kan.
Secara ringkasnya, eWana.FM adalah radio internet (bukan radio konvensional) yang menggunakan teknologi terkini dan memberikan pengalaman lebih menarik di mana pendengar boleh berinteraksi secara langsung dengan DJ bertugas. eWana.FM beroperasi selama 24 jam dan boleh diakses melalui www.Ewana.FM tanpa mengira waktu dan sempadan geografi.

Pak John Steamboat hangpa pernah dengaq tak?
Pak John Steamboat [klik sini] adalah sebuah restoran yang mengamalkan konsep restoran BBQ dan Hot-Pot Halal bufet yang pertama di Malaysia. Terdapat banyak pilihan makanan segar yang anda boleh masak secara BBQ atau just buat secara steamboat dengan ada banyak pilihan sup yang disediakan.

Berbalik kepada majlis iftar tersebut, sepertimana tertera pada poster, majlis bermula seawal jam 4:30 petang.
Woit!
Buka puasa masa maghrib la, bukan asar.

Jangan salah sangka.
Majlis iftar ini diadakan bukan sahaja meraikan bloggers yang memberi sokongan kepada eWana.FM, malah juga untuk meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah.
Itu sebabnya saya mengatakan bahawa iftar ini paling istimewa bagi saya.
Rezeki yang ada dikongsi bersama, terutama dengan golongan yang kurang bernasib baik. 
Tahniah kepada eWana.FM dan Pak John Steamboat sebab berkongsi rezeki dengan golongan ini. Moga semua pihak dimurahkan rezeki.
Kanak-Kanak dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah [foto kisahtatie]

Hampir terlupa plak saya.
eWana.FM juga turut melancarkan "eWana Raya Album" dan sepanjang kami berada di Pak John Steamboat, semua hadirin diperdengarkan lagu-lagu dari album tersebut.
Tahniah lagi sekali eWana.FM.
Meriah pentas dengan artis dan jemputan VIP
Saya sebenarnya memang GILA MAKAN, especially steamboat.
Kenapa suka steamboat?
Ala-ala nak jaga kesihatan kan, so steamboat tidak menghilangkan rasa makanan kegemaran kita.
Lebih kurang macam my guilty pleasures  la nie.
Makan steamboat - I LIKE [foto kisahtatie]

Apabila menjenguk jenis bahan mentah yang disediakan oleh Pak John Steamboat, terus rambang mata saya.
Nasib baik bulan puasa (kan puasa mengajar kita bersederhana). Kalau tak, memang berkali-kali saya bangun dan mengambil makanan.
Ini pinggan pertama saya
Bahan mentah yang segar
Buat yang pertamanya, saya meluru ke arah Dim Sum yang disediakan.
Ada banyak jenis maka saya ambil satu bagi setiap jenis (nampak tak tamaknya nafsu di situ).
Dim Sum



Selepas itu, saya mengambil pulut sumbat dibungkus daun teratai seperti yang dikhabarkan oleh rakan-rakan blogger.
Memang sedap sehingga di luar sedar saya, saya 'termakan' dua pulut sumbat!
Pulut Sumbat [foto kiflimally]


Makanan ketiga yang wajib diambil adalah Ayam Masak Kicap Manis Perisa Coke yang diperkatakan ramai. Memang rasanya berbeza. Pasni nak cari la resepi dia.
Ayam Masak Kicap Manis Perisa Coke yang MAHA sedap! [foto geng-lepak]

Memandangkan saya tak makan kambing, maka saya ambil hirisan daging lembu Australian Beef Slices yang disediakan untuk dimasak BBQ kelak.

Segar bugar kan hirisan daging-daging dia [foto kiflimally]
Satu lagi makanan yang wajib diambil adalah waffle berserta aiskrim.
OMG!
Pengunjung dibenarkan untuk meletakkan aiskrim sendiri di atas waffle so wajiblah waffle ku dihuni oleh gunungan aiskrim!
Lazat!
Berebut nak makan waffle aiskrim [foto kisahtatie]
Sayuran yang disediakan juga segar.
Bertambah lazat apabila dimasak bersama Prawn Soup.
Kat Pak John Steamboat nie ada banyak perisa sup yang pengunjung boleh pilih.
Pilihan sup yang ada
Bagi yang teringin nak iftar di luar tetapi dek kerana harga di hotel boleh mencecah harga minyak full tank  sebiji Exora, maka Pak John Steamboat adalah pilihan terbaik.
Harganya hanya RM39++ sahaja.
Dahlah kita yang masak sendiri, so takleh nak komplen tak sedap tau. Hehehehe.
Bufet Ramadhan RM39++


Bersama rakan bloggers yang havoc
Sampai sedulang kami angkut buah-buahan dia
Nie dah tak ingat pinggan ke berapa dah

Jom main masak-masak
Bagi yang ada memori bersama aiskrim potong, kat Pak John Steamboat juga ada banyak perisa aiskrim potong disediakan. 

So, cepat-cepat ke sana untuk menikmati pengalaman steamboat yang HEAVEN nie.
Restoran Pak John Steamboat & Yong Tau Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall,
Wangsa Avenue
No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur
Tel: 03-4141 8898

Restoran Pak John Steamboat & BBQ
eCurve
Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel: 03-7733 3913 
 Pak John Steamboat [Laman Web] & [Facebook]

yeay! dapat hamper! thanks eWana.FM
Pak John Steamboat make me fat coz the food was so delicious! 
Nak tengok sendiri kemeriahan kami di sana?
Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

4 Comments

  1. HEY NAMPAK BAJU DALAM I

    ReplyDelete
  2. Eh... tak ajak ek @penaberkala
    Next time kita bagi sedas ye

    ReplyDelete
  3. Ala sorry @mawardiyunus tak perasan yang baju dalam u nampak

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com