Bakat baru Seludup


Ada bakat baru SELUDUP?

Bukan menyeludup tau!

Ingat tak entry NIE pasal pencarian bakat baru untuk berlakon di samping Tiz Zaqyah dan Jehan Miskin dalam drama baru SELUDUP?

Ingat!
Habis tu kenapa tak hantar penyertaan?
Rugi tau!

Anyway, banyak sungguh penyertaan yang diterima oleh Mastermind Group Sdn Bhd sempena pertandingan #MasukDramaSeludup tu.

Akhirnya pada 16 Ogos yang lepas, pencarian Jehan Miskin selaku penerbit eksekutif dan pengarah bagi drama 13 episod berakhir dengan terpilihnya Mohd Andika Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur.
Andika dan Afieqah

Satu fakta menarik berikutan pemilihan dua bakat baru ini adalah Jehan Miskin telah menulis dua watak sampingan bagi memasukkan watak mereka ke dalama drama SELUDUP.

Tak ke menyesal awak tak hantar penyertaan tempoh hari?

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”. 

Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama SELUDUP  pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

PITAM!!

Untuk maklumat lanjut mengenai SELUDUP dan peraduan #MasukDramaSeludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

Anyway, nie ada video audition Andika dan Nur Afieqah.
SELUDUP drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. 

SELUDUP diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam




Post a Comment

0 Comments