Annabelle - The Review


Rakan-rakan ingat tak cerita The Conjuring yang ditayangkan tahun lepas?
Ala, yang diarahkan oleh James Wan - anak Malaysia tau! Asal Kuching plak tu!

Anyway, dalam movie tu kan ada disebut pasal patung Annabelle, patung berhantu yang paling scary dan teruk perasukannya.

So, Warner Bros. sekali lagi telah menghasilkan sebuah lagi wayang seram yang mengisahkan patung Annabelle yang terjadi sebelum The Conjuring.
Annabelle, byrawlins, byrawlinsdotcom, churp churp, churpremiere, Ed Warrane, horror, James Wan, lorraine warren, seram, the conjuring, Video Lawak Lima Belas Saat, Warner Bros.,
Sepertimana caption movie tersebut "Before The Conjuring, there was Annabelle".
Terima kasih kepada Churp-Churp kerana menjemput saya untuk menonton Annabelle tempoh hari dalam Churpremiere.

SINOPSIS
Kisah bermula pada 1967 di mana pasangan Mia dan John Gordon sedang menunggu kelahiran permata hati sulung mereka.
Pasangan Gordon merupakan pasangan yang alim dan ramah terhadap jiran tetangga mereka terutama pasangan Higgins.
Annabelle, byrawlins, byrawlinsdotcom, churp churp, churpremiere, Ed Warrane, horror, James Wan, lorraine warren, seram, the conjuring, Video Lawak Lima Belas Saat, Warner Bros.,
Hadiah dari John - Annabelle
Annabelle, byrawlins, byrawlinsdotcom, churp churp, churpremiere, Ed Warrane, horror, James Wan, lorraine warren, seram, the conjuring, Video Lawak Lima Belas Saat, Warner Bros.,
Mia meletakkan patung tersebut di barisan patung yang beliau kumpul
Mia gemar mengumpul patung dan John telah menghadiahkannya patung yang diidam-idamkan oleh Mia.

Pada suatu malam, Mia terdengar bunyi pergaduhan dari rumah pasangan Higgins.
John keluar menyiasat dan mendapati bahawa pasangan tersebut telah dibunuh dengan kejamnnya.

Apabila kembali ke rumah mereka, pembunuh pasangan Higgins telah berada di dalam rumah mereka.
Mia telah ditikam di perutnya oleh salah seorang pembunuh sebelum pembunuh tersebut ditembak mati oleh polis. Manakala seorang lagi pembunuh tersebut telah ditembak mati dengan memeluk anak patung.
Annabelle, byrawlins, byrawlinsdotcom, churp churp, churpremiere, Ed Warrane, horror, James Wan, lorraine warren, seram, the conjuring, Video Lawak Lima Belas Saat, Warner Bros.,
Annabelle Higgins mati dengan memeluk anak patung serta meninggalkan simbol pelik
Kandungan Mia terselamat tetapi dinasihatkan agar tidak berehat sementara menunggu tarikh kelahiran.
Mereka dimaklumkan bahawa pembunuh wanita tersebut merupakan anak pasangan Higgins yang telah melarikan diri dan menyertai sebuah kultus. Nama pembunuh tersebut adalah Annabelle Higgins.

Memandangkan patung yang dipeluk oleh Annabelle sudah kelihatan agar kotor dengan darah, Mia menyuruh John membuang patung tersebut.

Pada suatu kejadian misteri di rumah di mana berlaku kebakaran di dapur rumah mereka, Mia dapat merasakan dirinya ditarik secara paksa oleh tenaga ghaib ke arah dapur yang sedang terbakar. Namun syukur beliau sempat diselamatkan oleh tetangga.
Annabelle, byrawlins, byrawlinsdotcom, churp churp, churpremiere, Ed Warrane, horror, James Wan, lorraine warren, seram, the conjuring, Video Lawak Lima Belas Saat, Warner Bros.,
Annabelle di apartmen baru Mia
Ketakutan dengan kejadian yang dialaminya, ditambah dengan kelahiran anak perempuan mereka Lea, Mia dan John berpindah ke apartmen baru.
Ketika mengemas barangan di apartmen baru, Mia mendapati bahawa patung yang telah dibuang itu turut dibawa bersama. Tanpa memikirkan apa-apa, Mia meletakkan anak patung Annabelle tersebut di barisan anak patungnya yang lain.
Annabelle, byrawlins, byrawlinsdotcom, churp churp, churpremiere, Ed Warrane, horror, James Wan, lorraine warren, seram, the conjuring, Video Lawak Lima Belas Saat, Warner Bros.,
Annabelle mengganggu ketenteraman Mia dan keluarga
Kemudian, pelbagai kejadian pelik dan bunyi yang mengerikan mula terjadi di sekitar Mia dan Lea.
Mia cuba menyelidik kejadian aneh yang berlaku pada beliau dan kaitannya dengan kematian Annabelle serta simbol pelik yang ditinggalkan di sebelah mayat Annabelle.

Melalui pembacaan pada sebuah buku dari kedai buku Evelyn serta maklumat dari detektif yang menyiasat kejadian pembunuhan pasangan Higgins, Mia mendapati bahawa Annabelle telah menyertai kultus The Disciples of The Ram yang menyeru kemunculan semula syaitan dengan mengorbankan satu roh/ jasad. 
Annabelle, byrawlins, byrawlinsdotcom, churp churp, churpremiere, Ed Warrane, horror, James Wan, lorraine warren, seram, the conjuring, Video Lawak Lima Belas Saat, Warner Bros.,
Kemunculan syaitan yang paling menggerikan dalam Annabelle
Mia yakin bahawa roh jahat tersebut menginginkan roh Lea.
Mia terus menghubungi paderi yang mereka kenali untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Apakah Mia akan berjaya menyelamatkan Lea daripada tangan roh jahat tersebut?

My Review
Plot : 5.0/ 5.0. Jalan penceritaan yang terang. Perjalanan cerita tidak terlampau berat namun penuh maklumat sejarah asal pembentukan cerita Annabelle  Walaupun sound effect sepanjang wayang mengingatkan saya pada cerita seram yang dihasilkan pada tahun 1980-an (terlampau kuat), namun terus-terang saya akui, saya sangat TAKUT sepanjang wayang tersebut. And yes, I screamed a few times through out the movie!

Penghayatan : 5.0/ 5.0. No comment here. The actors are very convincing and committed to their characters!

Will I watch it again : Annabelle is a very scary movie. It is a GREAT HORROR MOVIE. Believe it or not, this is the movie that I do not think that I will buy the DVD because I would be too scared to watch it again, alone, may it be during daytime or night time. It is that SCARY!

Haiqal Rawlins
012.280.1977
E-mail : rawlins.una@gmail.com | FB : rawlins.ichigo | IG : rawlins_glam


Post a Comment

4 Comments

  1. Seraaammmmmmmmmmmmmmm... Tak sanggup nak tengok T_T

    ReplyDelete
  2. Takde le nak seram sangat @Mira Cikcit!
    Hehehhe

    ReplyDelete
  3. tak tengok lagi...nanti la nak marathon...sebab esok kan khamis...cerita baru ada kat wayang...hee

    ReplyDelete
  4. Ye betul
    Heheheh
    Bijak @Ezad Skytech

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com