Taken 3 - The Review



Some might say that the movie is a bot draggy.
Manakan tidak.
Yang first - anak dia kena culik.
Second - wife dia pula yang kena and anak dia yang menyelamatkan keadaan.
So, apa pula yang kena culik dalam ketiga nie?

But, to me the movie was good so when +ChurpChurp invited me to the #Churpremiere of Taken 3, memang setuju serta merta.

SINOPSIS
Brian Mills merupakan seorang pakar perisik kerajaan yang telah bersara telah berpisah dengan isterinya (Lenore) dan anak perempuan mereka, Kim kini sudah di universiti.
Brian membuat kejutan di hari jadi Kim
Lenore meluahkan masalah kepada Brian
Lenore telah mengahwini seorang usahawan bernama Stuart St. John selama hampir 3 tahun tetapi Lenore masih berkongsi masalah peribadi bersama Brian.

Di atas dasar mempercayai Brian, Lenore memaklumkan bahawa dia bercadang untuk bercerai dengan Stuart kerana sudah tiada kesefahaman di antara mereka.

Kim pula telah mengandung dan sedang berkira-kira untuk memaklumkan kepada ayahnya berkenaan keadaannya itu.

Suatu pagi, Brian mendapat pesanan ringkas daripada Lenore yang ingin bertemu dengannya di apartment Brian dan meminta Brian membeli bagel kegemarannya.
Brian terkejut di atas kematian Lenore
Sekembalinya Brian membeli bagel, dia telah menemui mayat Lenore yang dikerat lehernya di atas katilnya.
Belum sempat Brian memikirkan keadaan yang terjadi di hadapannya, dua orang polis telah muncul dan mencuba untuk menahan Brian di atas tuduhan membunuh. 

Bagaimanapun, Brian dapat melepaskan dirinya.
Setelah menghubungi Kim dan memaklumkan keadaan dirinya, Brian nekad untuk mencari pembunuh bekas isterinya.
Brian menerangkan kepada Kim bahawa dia bukan pembunuh Lenore
Inspektor Franck bertekad untuk menangkap Brian
Inspektor Franck Dotzler juga nekad untuk menangkap Brian di atas tuduhan membunuh Lenore. Namun semakin beliau menghampiri jejak Brian, Inspektor Franck semakin memahami keadaan sebenar bahawa pembunuh Lenore bukannya Brian.

Jejak-jejak akhir Lenore seakan-akan menunjukkan bahawa Oleg Malankov, seorang kongsi gelap Rusia yang bertanggungjawab ke atas kematian Lenore.

Namun, buktinya adalah tidak kukuh.

Siapakah pembunuh sebenar Lenore?
Apakah sebab Lenore dibunuh?

PENILAIAN
Plot : 4.7/5.0. Bila dan menonton sampai sekuel ke-3, saya seakan sudah boleh mengjangkakan plot penceritaan kali ini. Namun, terdapat sedikit twist pada penyelesaian kes pembunuhan Lenore yang menarik minat. Twist ini menambahkan keseronokan menonton Taken 3.

Penghayatan : 4.8/5.0. Being great actors, tiada permasalahan dari segi penghayatan di dalam sekuel ini.

Will I watch it again : No, but I will buy the DVD.

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter Email


Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com