Gemuk Is Awesome?


Bagi yang menonton ABPBH 2014, semua mesti tahu apa itu "Gemuk Is Awesome" atau #GemukIsAwesome.

Ingin saya utarakan bukan tujuan saya menulis untuk mengutuk atau mengaibkan sesiapa sahaja kerana saya pun bukannya mulus sangat.
Ada juga kegebuan itu dalam diri, itu sebabnya nak saling sharing info pasal kegemukan ini.

Terbaca entry Shibam Jelita iaitu Gemuk Tak Ada Nya Awesome membuatkan saya teringin gak nak share info pasal 'kecomelan' yang dikatakan awesome ini.

Di dalam entry-entry yang lepas (Obesity Is Not A Problem?, Kau GEMUK, Effects of Obesity, Diabetes dan Kegemukan dll) memang takde satu pun yang menceritakan keseronokan menjadi gemuk.
obese, gemuk, gemuk is awesome, ABPBH 2014, byrawlins, byrawlinsdotcom, sihat, kurus, Set Kurus Bajet, PB Wonders
Di antara penyakit yang menunggu orang yang obese
Kenapa?
Sebab lemak di dalam badan ini umpama magnet yang menarik pelbagai jenis penyakit yang akhirnya boleh menyebabkan kehilangan upaya diri dan kehilangan nyawa.

Kegemukan adalah di antara penyebab kepada diabetes, cancer dan penyakit kardiovaskular.
Ubat-ubatan dan rawatan untuk penyakit ini memang mahal - boleh beli banglo tau.
obese, gemuk, gemuk is awesome, ABPBH 2014, byrawlins, byrawlinsdotcom, sihat, kurus, Set Kurus Bajet, PB Wonders
Kegemukan boleh menyebabkan kanser berulang
So, apabila ada duit, kita nak sihat agar boleh bersama keluarga atau kita nak gunakan duit itu untuk membolehkan keluarga kita merawat kita?

The choice is in your hands, and mouth too.

Dah la Malaysia ini mempunyai bilangan penduduk yang obese paling ramai di Asia, maka tolonglah rakan-rakan jangan menambah kepada statistik yang memalukan itu.

Jom kita sama-sama menjadi sihat dan dapat meluangkan masa dengan gembira bersama keluarga.
Jangan biarkan keluarga menemani kita dengan keluh kesah dan juga ubat-ubatan apabila merawat kita yang sering tak sihat dek kerana 'kecomelan' diri.
obese, gemuk, gemuk is awesome, ABPBH 2014, byrawlins, byrawlinsdotcom, sihat, kurus, Set Kurus Bajet, PB Wonders
Sihat secara kurus
Nak menurunkan berat badan dengan sihat?
Boleh je klik link ini (Testimoni Kurus, Set Kurus Bajet, PB Wonders)

Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter


Post a Comment

0 Comments