Gempak Raya Bersama Jakel


Salam Ramadhan semua.
Apa khabar puasa masing-masing?

Mesti dah ada yang siap tempahan kuih-muih dan baju raya semuanya kan.
APA?
Ada yang tak siap tempah lagi?
Gempak Raya Bersama Jakel 2015
 Jangan risau sebab Jakel menyediakan baju raya siap untuk semua golongan - ibu, bapa dan anak-anak sekali.

Tahun ini, dengan moto Ingat Raya Ingat Jakel, Jakel telah menganjurkan program Promosi Gempak Raya Bersama Jakel 2015. Program ini adalah bersempena dengan pelancaran koleksi kolaborasi terkini di antara Jakel bersama Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Rozita Che Wan dan Upin & Ipin.

Best tak?

Confirm la best sebab Datuk Mohamed Faros Mohd Jakel memaklumkan bahawa kualiti tekstil untuk koleksi-koleksi ini adalah terbaik berbanding sebelumnya. Manakala pilihan warna juga turut ditambah seperti hijau zamrud, biru diraja, pic. jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili serta banyak lagi.
Barisan duta ditemubual oleh Dee
So, apabila dijemput untuk menghadiri acara pelancaran di Wisma Jakel Shah Alam pada 27 Jun 2015 yang lepas, saya tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri kualiti koleksi baju raya terkini tersebut. Sejujurnya, memang berkualiti tinggi dan sesuai dengan keadaan cuaca Malaysia. Pilihan warna yang banyak juga menyebabkan saya turut teringin nak memborong baju Melayu Koleksi Nabil Ahmad yang mempunyai potongan urban dan up-to-date

Yang menariknya pada hari tersebut, Jakel Shah Alam menyediakan 100 pasang koleksi baju melayu untuk diberikan secara percuma kepada 100 orang pengunjung terawal. Bagi 400 pembeli terawal pula akan memndapat hadiah koleksi baju melayu. Memang gamat suasana di Jakel Shah Alam sampai jalan raya turut sesak. 
Aaron Aziz
Nabil Ahmad
Pada hari itu juga, kesemua duta koleksi melakukan jualan dengan harga menjunam bak kata Aaron Aziz. Manakan tidak. Harga Koleksi Aaron Ahmad yang awalnya berharga RM399 telah dijual murah sehingga RM140 sepasang. Memang bersesak semua orang bergegas mendapatkan Koleksi Aaron Aziz. Koleksi Nabil Ahmad juga dijunamkan kepada RM150 daripada RM399 menjadi tumpuan golongan muda yang ingin tampil bergaya dan berani pada Raya kelak.
Harga menarik dan tawaran hebat untuk koleksi Upin & Ipin
Bagi Koleksi Upin & Ipin, Mia Sara dan Rykal Iskandar telah dipelawa untuk menggayakan koleksi tersebut dan menjadi tumpuan ibu-bapa apabila kedua-dua aktor cilik ini menjunamkan harga.
Sesi Junaman Harga 
Selesai sesi menjunamkan harga, diadakan sesi Meet & Greet bersama duta-duta Jakel. Suasana menjadi gamat apabila melihat masing-masing ingin mendapatkan tandatangan serta bergambar dengan artis kesayangan masing-masing. Terpancar senyuman kepuasan apabila dapat bergambar dengan Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Mia Sara dan Rykal Iskandar.

Tahun ini, sepertimana tahun berikutnya, Jakel bukan hanya membuat junaman harga pada koleksi baju raya, malah terdapat lebih daripada sejuta permaidani yang dijual pada harga yang sangat murah. No wonder saya tengok pengunjung yang hadir semuanya keluar daripada khemah besar berbondong-bondong memborong permaidani.
Lelongan terbesar dengan harga termurah
Geramnya tengok permaidani yang murah nie
Oh hampir terlupa pula.
Buat Cik Kak yang teringin nak melaram seperti mana Che Ta (Rozita Che Wan), Jakel turut mengeluarkan koleksi Baju Kurung Moden Rozita Che Wan yang didatangkan dengan lebih 10 rekaan ekslusif, moden dan elegan.
Harganya?
Murah je jika nak dibandingkan dengan jelingan cemburu dari ipar duai dan sanak saudara yang datang bertandang ke rumah anda kelak ketika anda menggayakan Baju Kurung Moden Rozita Che Wan. Harganya bermula RM329 dan ke atas dan terdapat dalam pelbagai warna.

Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan jualan harga junam dari Jakel, boleh layari laman web Jakel [Jakel]. Cepat jangan terlambat untuk kelihatan menawan di Hari Raya.
 
Haiqal Rawlins
012.280.1977
Facebook RSS Twitter


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com