Malaysia adalah negara yang kaya dengan pelbagai budaya dan juga makanan tradisi.
Terutama di bulan Ramadhan, akan muncul juadah-juadah yang jarang kelihatan di hari-hari biasa yang mampu menggugat jiwa dan iman insan yang sedang berpuasa.
Bukan hanya di param-param, malah hotel-hotel kini juga mula menyajikan makanan tradisi yang menjadi must-have di bulan Ramadhan.
Jom maghi
Bagi rakan-rakan di Kelantan, jangan risau atau gusar jika ingin berbuka puasa dengan juadah yang lazat umpama masakan ibu kerana Hotel Perdana Kota Bharu juga menyajikan juadah iftar dengan tema "Santapan Ibunda Perdana".
Apa yang menarik?
Well, berdasarkan my latest trip ke Hotel Perdana Kota Bharu, say berani jamin memang anda tidak akan merasa kecewa dengan 168 jenis juadah hasil masakan penuh kasih sayang oleh kumpulan Chef yang diketuai oleh Executive Sous Chef Ibrahim Abu Lasi. Juadah-juadah yang disediakan adalah masakan tradisi dari seluruh Malaysia dan akan dihidangkan secara giliran sepanjang Ramadhan.
Ada satu lagi yang menarik berkenaan iftar di Hotel Perdana Kota Bharu tahun ini.
Hotel Perdana Kota Bharu membawa konsep 'Pasar Malam' di hotel - a very great idea.
Who doesn't like going to 'pasar malam' [a night market concept in Malaysia where verything is on sale, ranging from hardware to fishes and fruits]?
Sudah semestinya pelbagai jenis kerabu menjadi pembuka selera menjadi di antara juadah pilihan di Hotel Perdana Kota Bharu. Di antaranya ialah
Juadah-juadah yang popular di perkampungan juga ada -
Gulai Kerutuk Che Banding, Kari Kepala Ikan, Gulai Kawah Ayam Kampung Sumatera & Kari Kambing Gearbox. Dan sudah semestinya yang menjadi tumpuan ramai adalah gerai yang menampilkan Kambing Panggang, Ikan Bakar, Kway Teow goreng, Kebab Ayam, Apam Balik Pisang dan banyak lagi.
Menarik kan?
Jangan tunggu lama-lama la ye.
Cepat-cepat hubungi nombor kat bawah tu untuk tempah ruang iftar semua ye.
Harganya RM75 untuk dewasa dan 50% diberikan untuk kanak-kanak (5-12 tahun).
Oh ye.
Buat yang nak menjamu rakan-rakan ke, keluarga ke, rakan niaga ke atau just nak jamu rakan-rakan, ruangan peribadi di Dewan Bunga Emas juga disediakan untuk tetamu melebihi 100 orang.
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging . For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com
Search This Blog
Rawlins GLAM
Rawlins_GLAM
Live Life. Wake Up Happy. Make Up & Dress Up. Laugh A Lot. Be yourself, with no apology to humans.
1 Comments
Meriah nya!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com