Sebanyak 999 stik bernilai
hampir RM50,000 diberi percuma kepada pelanggan di Wadihana Islamic Steakhouse
(WISH) pada 5 dan 6 Julai 2019 di Damansara Aliff, Johor Bahru.
Tawaran istimewa ini
bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang
berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk makan
di restoran sahaja.
Malah bagi mereka yang
kali pertama mendaftar sebagai penggemar WISH, mereka akan diberi satu scoop
aiskrim. Sangat berbaloi!
Pemilik Wadihana Islamic
Steakhouse, June Talib menjangkakan sambutan luar biasa terhadap kempen ini dan
untuk memudahkan pelanggan, WISH mengalu-alukan tempahan awal dengan
menghubungi nombor 013-7333280 atau mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut,
boleh layari layari www.wadihanaislamicsteakhouse.com
“Ini sebahagian daripada
kempen TERIMA KASIH kami kepada pelanggan yang setia menyokong kami sejak dibuka
Februari lalu,” kata June.
Stik yang ditawarkan dalam
kempen ini ialah Honey Pepper Ribs bernilai RM49.90 setiap hidangan.
TENTANG
WADIHANA
Sebelum Wadihana Islamic
Steakhouse mencapai kejayaan peniagaannya ini, banyak pahit maung yang dilalui. Jatuh bangun di dalam
bisnes adalah lumrah dan bagi yang cekal serta percaya 9 daripada 10 punca
rezeki datangnya daripada perniagaan, semua itu harus dihadapi dengan redha.
Sama juga yang dilalui
usahawan pemilik Wadihana Islamic Steakhouse, June Talib yang sering memberi
peluang kepada diri sendiri untuk bangkit membina kehidupan yang lebih baik. Menurut ibu kepada 4 anak
ini, bukan sekali bisnesnya ranap tetapi itu bukanlah bermakna beliau harus
angkat bendera putih.
“Saya dan suami hampir
berputus asa sehinggalah kami ingin memberi peluang sekali lagi untuk membina
bisnes baru di dalam dunia makanan (F&B) selepas beberapa kali gagal dalam
bidang lain sebelum ini," kata June yang juga Pengarah Perniagaan Wadihana
Steak House Sdn Bhd.
Bagaimanapun kata June, inspirasi
utama Wadihana Islamic Steakhouse adalah anaknya yang berusia 13 tahun, seorang
pelajar tahfiz di Johor. Anak ketiganya itu sangat berminat di dalam dunia
kulinari, lalu bisnes ini dibina untuknya.
“Setiap anak, saya sudah
ada perancangan termasuk anak ketiga ini. Dia agak perlahan di dalam akademik
tetapi sangat berminat dengan dunia masakan, jadi saya dan suami sepakat
menjadikan Wadihana sebagai pemangkinnya. Yang kedua, kami mahu
lakukan pembaharuan kepada Wadihana terutama bagi pasaran Johor Bahru yang
belum ada restoran ‘steak house’ yang mampu makan, ada sentuhan kelas
antarabangsa dan suasana yang tenang dialun mainan piano. Kecualilah kalau
pergi hotel,” katanya.
Lokasi Wadihana Islamic
Steakhouse yang terletak di Damansara Aliff agak ‘terselindung’ daripada
pengetahuan dan lokasi itu masih baru dalam kalangan penghuni kota Johor Bahru.
Bagaimanapun menurut
wanita cekal ini, kuasa pemasaran online telah berjaya menarik perhatian
penduduk sekitar malah dari Singapura untuk merasa citarasa antarabangsa
Wadihana.
“Dulu orang kata, lokasi
amat penting untuk buat bisnes tetapi Wadihana walaupun berada di tempat baru,
berjaya membuktikan boleh menarik orang dan menjadikan ia semakin dikenali
hanya menggunakan pemasaran online.
“Sekarang dunia online,
dunia tanpa sempadan untuk membolehkan kami memberitahu orang ramai tentang apa
yang kami lakukan,” katanya yang juga anak didik Pakar Pemasaran Online, Najib
Asaddok.
Menceritakan keistimewaan
hidangan Wadihana, June berkata, gravy atau kuah stik dihasilkan dengan ramuan
sendiri berbanding steak house lain yang menggunakan serbuk atau tepung dari
Thailand.
Bukan hanya untuk
memastikan kuah yang sedap, bagi June, beliau sangat mementingkan kesucian
makanan tersebut dan halal.
“Kami merebus tulang lembu
lebih 8 jam untuk mendapatkan jus bagi membuat kuahnya. Saya tidak menggunakan
serbuk seperti yang diimport oleh restoran lain kerana khuatir dari segi
kehalalannya.
“Alhamdulillah, maklum
balas daripada pelanggan semakin memberangsangkan dengan jualan untuk bulan
pertama kami sebanyak RM170,000 dan meningkat kepada RM240,000 pada bulan
kedua,” katanya yang baru memulakan operasi pada Februari lalu.
June berkata, beliau
memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan
dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard stik
antarabangsa serta membina tempat membakar piza (firewood pizza).
Selain itu, Wadihana juga
menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis
atau mesyuarat yang boleh memuatkan sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.
Bercerita pengalaman hitam
ketika ditipu oleh sebuah syarikat hingga beliau dikecam oleh para pelanggan
dan pembekal, June berkata, detik-detik itu membuatnya serik untuk berniaga.
“Saya bagus dalam closing
sale dan untuk sebuah perniagaan sebelum ini, saya banyak membawa duit jualan
untuk syarikat tetapi tidak lama kemudian, syarikat itu tutup. Pembekal dan pelanggan
mula mencari saya, menuntut bayaran dan sebagainya tetapi itu bukan salah saya.
Malah saya sendiri ditipu kerana semua wang jualan sudah dipindahkan ke akaun
syarikat tersebut. Hampir 2 tahun saya
memencilkan diri, mengasingkan daripada orang luar kerana takut berdepan dengan
orang ramai. Saya menerima mesej ugutan dan cercaan daripada sebahagian mereka. Mereka juga membuat
laporan polis dan saya juga harus berbuat demikian untuk mempertahankan diri
kerana bukti-bukti pemindahan wang memang jelas,” katanya.
Bagaimanapun semangat yang
ditiup oleh suami membuatkan June kembali membuka mata terhadap kehidupan dan
keluarga mereka.
“Life must go on dan saya
harus berani berdepan dengan segala kemungkinan. Buat apa takut kalau kita
tidak bersalah? Sekarang
saya sudah bersedia dari aspek fizikal dan mental untuk menghadapi sebuah
perniagaan,” katanya.
WADIHANA ISLAMIC STEAKHOUSE –WISH
36-38 Jalan Aliff 3, Damansara Aliff
81200 Johor Bahru, JDT
Tel: 07-2442422
012.280.1977
18 Comments
Hebat puan ni walaupun mendapat kecaman orang ramai. Siap dapat report polis lagi. Tapi siapa sangka kan. Semuanya boleh berubah sekelip mata je. Siapa kita nak menidakkan rezeki daripada Allah.
ReplyDeletekenapa dekat johorrrrrrrr. hahaha. murah gilerrr. Nama kawasan tu Damansara Aliff. teringat anak akak.haha
ReplyDeleteTerliur la pula bila tengok stik ni. Dah la tengah lapar. Tak boleh lepaskan peluang ni harga promosi macam ni. Dengarnya beratur panjang nak makan kat sini. Mesti sedap ni kan.
ReplyDeleteTudia di JDT nuh.. jauhnya. Nampak semua makanan menyelerakan. Harap semua pelanggan berpuas hati .
ReplyDeleteBiar betul ada Islamic steak house macam ni. Memang baguslah. bagi sapa2 yang suka makan steak n sangat pentingkan ingredients halal tu ni la tempatnya kan? Nanti boleh la pergi cuba.
ReplyDeleteSemangat puan ni cukup kental, cepat bangun walaupun macam2 dugaan. Now buat restoran steak pulak..fuhh hebat sungguh. Kalaulah dekat harus terjah
ReplyDeleteGitu lah kan kalau buat bisnes ni. Ada turun naik, ada orang buat aniaya. Tapi salute puan ni. Tak pernah give up walaupun kena macam macam. Promosi gila jugak tu bila die nak bagi steak percuma
ReplyDeleteFirst tengok gambar dulu, then baru baca tengok dekat Johor. Rasa macam kejam sangat post ni. HAHA.. Kenapa jauh sangat! Sedapynya tengom steak dia, portion besar pulak tu. Lagi untung siapa dapat merasa steak percuma tu.
ReplyDeleteTengok alamat tulis Damansara, baru ingat nak pi rupa-rupanya baca balik, la kat Johor rupanya.. haha, nampak nau laju je kan kalau bab makan murah ni. Tambah pulak steak. memang favourite la. eh, untung la warga JB kan.. hehe
ReplyDeleteAlah dah terlepas tarikh dapat stik percuma tu. tapi xpe kita save juga lokasi kedai ni sebab nak juga makan kat sini 1 day. sebab tengok menu pun dah menarik.
ReplyDeleteFirst time dengar Wadihana Islamic Steakhouse ni. Menu apa tu Rawlins yang topping dia ada cheese? Nampak macam sodap. Jarang baca entry Rawlins dalam bahasa Melayu ni heheh.
ReplyDeleteSuch an awesome food experience and they done great cause as well! It's been a while since so had steak super delicious.
ReplyDeleteBagus kan ada wadihana ni. Tak was was nak pergi makan steak. Boleh terjah je cawangan dia yang berdekatan. Nampak menyelerakan juga menu dia tu. Menarik perhatian betul. Hehe
ReplyDeletewahhh nampak je kecil tempat nie tapi mampu muatkan 120 org dalam satu masa. steak yang dijual nampak sangat sedap. hopefully ada lah cawangan dia yang terdekat.
ReplyDeleteWah this place is new to me and its great to know that they are giving 999 steak for free on their opening.
ReplyDeleteDah beriya baca ni, baru sedar lokasi kat Johor. Ruginyaaa. Taknak bukak cawangan kat Penang ke. Huhu.
ReplyDeleteBagus ada steakhouse Halal dari peniaga bumiputra dan adat berniaga mmg byk dugaan, saya doakan moga perniagaan beliau trs maju dan terima segala dugaan adalah ujian Allah swt
ReplyDeleteSteakhouse ini membekalkan steak yang sedap dan fresh. Mereka akan menghantar bahan mereka dengan lori makanan setiap hari. Makanan mereka murah dan environment juga baik.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com