Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae Returns in Mcdonald's


Blueberry Cream Cheese Pie & Blueberry Sundae Returns in Mcdonald's | Yup. Kali ini nak share produk kegemaran ramai yang kembali di McDonald's. Pada yang tak meminati McDonald's boleh berhenti membaca di sini (ada ke yang tak minat? Mana mungkin kan). Kepada semua pelanggan setia McDonald’s dan para peminat pencuci mulut dan dessert, ada berita baik buat anda. Kini, McDonald’s telahpun menambah hidangan baru yang pasti akan membuatkan anda terliur sebaik saja melihatnya.

Dua menu  baru yang muncul di McDonald’s ini diberi nama Blueberry Cream Cheese Pie dan Blueberry Sundae. Kalau nak tahu menu Blueberry Sundae ini pernah berada di dalam menu sebelum ini pada satu tempoh terhad. Kini, ia kembali semula untuk semua. 

Tak kira apa saja jenis makanan yang dikeluarkan oleh syarikat makanan segera yang terkenal itu pasti akan membuatkan para pelanggannya teruja. Jadi, memang tidak dapat dinafikan lagi yang mereka ini memang pandai menarik minat disamping memuaskan hati para pelanggan. 
Foodpanda, Food Delivery, Covid-19, Blueberry Cream Cheese Pie, Blueberry Sundae, Rawlins Eats, What to eat during Movement Control Order, McDonald's

5 Keistimewaan Blueberry Cream Cheese Pie 
#1 - Diperbuat dari blueberry dan cream cheese 
Gabungan kelazatan buah blueberry bersama Cream Cheese memang sangat padu hingga timbul rasa sedap yang sukar untuk digambarkan. Lembut di dalam, rangup di luar menjadikan ianya makin seronok untuk dinikmati. Bayangkan intinya meleleh bila anda membenamkan gigi ke pie tersebut. Waduh!

#2 - Rasa masam manis dan berlemak yang menyelerakan
Blueberry Cream Cheese Pie ini menjanjikan rasa yang masam manis buah blueberry bersama rasa lemak cream cheese yang lengkap dan seimbang dalam sebiji pie. 

#3 - Warna yang mengiurkan  
Warna Blueberry Cream Cheese Pie ini pula sememangnya akan menarik perhatian  ramai orang, kerana apabila di gigit luaran pie tersebut, akan meleleh keluar warna putih dan ungu  yang sebelah menyebelah. Sudah tentu kanak-kanak juga akan sukakannya (dan sejumlah besar orang dewasa kan. Baik mengaku sekarang).
Foodpanda, Food Delivery, Covid-19, Blueberry Cream Cheese Pie, Blueberry Sundae, Rawlins Eats, What to eat during Movement Control Order, McDonald's
#4 - Memenuhi kehendak ramai peminat pie 
Pie baru ini  sememangnya memenuhi kehendak ramai peminat pie yang berada di luar sana. Dengan menggunakan  blueberry sebagai bahan utama membuatkan ianya satu kolaborasi yang sangat mengagumkan.

#5 - Harga yang berpatutan 
Jangan terkejut kerana harga untuk sebiji Blueberry Cream Cheese Pie ini sememangnya murah dan berpatutan. Bayangkan walaupun blueberry dan cheese cream yang digunakan namun harga yang ditawarkan hanyalah RM4.25 saja. Murah kan? Jadi, tiada sebab untuk anda tidak membelinya dengan alasan yang harganya mahal.

Blueberry Sundae Juga Tidak Mengecewakan
Jika anda kurang berminat dengan menu pie, anda boleh cuba sundae sebagai menu pencuci mulut. Sama seperti pie tadi, ia juga dihasilkan dengan perisa blueberry dalam gabungan rasa masam manis yang sedap.

Dah la Rawlins sejenis mudah kalah pada warna purple - semua nak dibeli tau.
Foodpanda, Food Delivery, Covid-19, Blueberry Cream Cheese Pie, Blueberry Sundae, Rawlins Eats, What to eat during Movement Control Order, McDonald's
Dengar saja sudah buat kita terliur apatah lagi ianya didatangkan bersama cream yang lembut dan gebu. Harganya pun sangatlah berpatutan iaitu RM5.19. Jadi, cepat-cepatlah dapatkannya di cawangan McDonald’s yang berdekatan dengan anda.

Itulah dia dua hidangan baru yang telah ditambah ke dalam menu McDonald’s. Jika tak ada masa nak ke McDonald’s secara terus dengan keadaan yang tak mengizinkan seperti sekarang di mana kita digalakkan untuk #StayAtHome, jangan risau. Foodpanda sedia memberikan perkhidmatan penghantaran pada anda. Apa yang perlu anda buat hanyalah membuat tempahan di laman web utama milik Foodpanda kemudian anda boleh nikmatinya secara terus di rumah.
Foodpanda, Food Delivery, Covid-19, Blueberry Cream Cheese Pie, Blueberry Sundae, Rawlins Eats, What to eat during Movement Control Order, McDonald's
Tak perlu nak redah keluar rumah, rempuh sekatan jalan atau apa saja. Tak perlu juga nak panik kerana bila-bila masa anda boleh nikmati apa jua menu kegemaran yang ada dengan membuat pilihan makanan melalui Foodpanda.

Yang pasti, dengan memilih perkhidmatan Foodpanda, kita turut menyahut seruan kerajaan tika isu #Covid19 nie kan dengan menjadi lebih bijak dan lebih selamat, #KitaJagaKita.

Pendapat Rawlins sendiri, memang bagus ada servis penghantaran makanan begini lagi-lagi dalam keadaan yang perlu berkurung sekarang ini. Ia juga sangat sesuai untuk mereka yang dah mula rasa jemu asyik hadap makanan yang sama saja tu. Makan McDonald’s pun sedap juga! Food delivery pun dah ada ni. 

Rawlins sendiri dah terbayang ayam goreng yang rangup pedas dengan burger Big Mac yang meletup. Ditambah pula dengan pie, oh sedapnya! Eh. Jangan lupa tambah fries dia sekali. Aduh. Now nak sekali iced latte McDonald's plak.

Sesekali ubah citarasa apalah salahnya kan? Apa yang ditunggu-tunggu lagi, jom kita cepat-cepat dapatkannya segera. 
#BlueberryCreamCheesePie #BlueberrySundae #McDonalds #Foodpanda #WhatToEat #RawlinsEats #MCO

Rawlins GLAM
012.280.1977


Post a Comment

13 Comments

  1. Sis ada beli 2 tempat tau, satu tu manis gile sangat rasanya..sekali beli lagi, eh sedap pulak...agaknya lain tempat lain ke rasa ek...tapi dapat yang sedap tu, perghh makan tak cukup satu hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Adoi! Pasal makan lagi. Dahlah suka makan cheese. Tak boleh jadi ini. Esok lusa nak cuba juga. Terima kasih sebab share info ya.

    ReplyDelete
  3. Belum pernah try lg blueberry pie atau ais krim ni sbb selalu jlu ke McD beli ais keim sundae straberi atau kon je.

    ReplyDelete
  4. that looks so good but i haven't tried them yet since i hardly go out plus it MCO now.

    ReplyDelete
  5. Dah cuba dua2 tue..sangat sedap pie tue..anak2 semua suka..warna pun sangat menarik

    ReplyDelete
  6. Rawlinssss akak ingat Rawlins nak share resepi buat ni. Nampak tak dah pishang duk rumah ni. Kahkahkahkah

    ReplyDelete
  7. Dah makan !! Serious dia punya blueberry tak kedekut langsung setiap kali makan aiskrim dia asyik beget blueberry je.. sedap sedap heee... aduiii

    ReplyDelete
  8. sedapnya tak try lagi..tapi nampak ais krim menarikla pulak..dah la tgh stress skrg ni hahahahah

    ReplyDelete
  9. Sedap x?kita blum try lagi la..tggu covid 19 reda boleh la trjah mcd..blueberry mcflurry tue nmpk manggoda betul laa..

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap! Berapa ya harganya, okay, lepas je habis tempoh pkp ni bolehlah terus serbu mcdonald terdekat :)

    ReplyDelete
  11. yang pie tu dah cuba. memang sedaplah rasa nak ngulang beli lagi

    ReplyDelete
  12. semua tak cuba lagi. kawan-kawan semua kata sedap. hope sempat la lepas pkp ni nak cuba juga.

    ReplyDelete
  13. I suka McD.. Ayam, fries, ais krim, burger, bubur.. Semua tu saya suka.. Kalau dah buntun sangat mmg menuju McD la kebiasaannya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com