"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan Cheesy Pinky Berry sebagai taruhan pertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berry ini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebih hebat berbanding siri kempen sebelum ini.
Apa yang menarik pada kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah pada strategi kami dalam memberi minuman yang trendy dan terkini bagi tahun 2020. Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.
Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.” ujar Cik Wan Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog ketika mengumumkan pelancaran Cheesy Pinky Berry di konti SURIA FM bersama para penyampai dan Riena Diana.
Mengangkat keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020.
Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies.
Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia.
Psst. Psst. Kalau perasan, ianya didatangkan dalam bekas berbentuk hati ye.
Comel kan!
Muzik Video Cheesy Pinky Berry
Bagi menyemarakkan kan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka.
Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry
CONTEST ALERT
CONTEST ALERT
Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal produk dan lain-lain perkongsian terhangat dari Coolblog, jangan la segan silu follow Coolblog di social media accounts depa.
Kalau nak tahu lebih lanjut pasal produk dan lain-lain perkongsian terhangat dari Coolblog, jangan la segan silu follow Coolblog di social media accounts depa.
Dah kau tau sekarang tengah Movement Control Order, jangan la pula kai melenggang ke Coolblog terdekat (ada 300 cawangan tau seluruh negara).
Pelbagai bentuk khidmat penghantaran kan ada. Just #StayAtHome ye kesayangan semua.
15 Comments
ha ha ha ha tak boleh lagi nak ke coolblog :)
ReplyDeletedok rumah. kawalan pergerakan.
sedap ni.
hmmmm pink karer gitew!
Yes! Dah try belum? Kita dah try yang Orea tu, sedap gileee Rawlins...you must try!
ReplyDeleteTengok warna pun dah menarik...mmg terasa nak pergi beli aje..sabarsabar k mid :))
ReplyDeleteFuhh my fav boba ni. Sedap! Nanti nak cuba perasa baru ni. Cuma kawasan rumah ruby banyak cawangan dah tutup. huwaaa. grabfood mereka join tak. haha.
ReplyDeletewah menariknya Cheesy Pinky Berry ni.. iena suka air cheese ni. Lepas RMo nanti nak pergi cuba beli la :D
ReplyDeleteAlamak ada cheese ka. Harap2 x muak. Tapi nampak macam sedap je. Bolehlah singgah beli nanti kalau bukak
ReplyDeletePelik cheese pun dibuat minuman. Tapi kalau dah viral tu mesti sedap dan dah ngan lah kombinasi air tu kan. Nanti nak try jugak.
ReplyDeleteWowww nampak sedap..terlioq sis tengok. Nak try gak lah..dh lah sis ni suka apa2 yg ada cheese
ReplyDeletenampak sedap kan minuman terbaru dari Coolblog ni. huda pun belum sempat try lagi. teringin nak try yang oreo tu
ReplyDeleteStrawberry Oreo tu nampak mengancam sungguh. Lama betul tak minum CoolBlog ni. Nak pi minum nanti lepas covid 19 ni reda. Sekarang tengok-tengok dulu dan listkan yang mana nak cuba nanti
ReplyDeletemesti sedap ni kan. nanti bolehlah cuba oder melalui food panda atau grab food
ReplyDeleteSaya dahlah suka pink dan cheese. Gabungan yang mantap gitu. Saya doakan cepatlah Covid 19 ni berlalu bolehlah rasa perisa baru coolblog ni.
ReplyDeleteAdui geramnya tengok sipink ni. Lama dah rasa tak pekena cool blog ni. Teringin jugak nak rasa, tapi kena tunggu covid19 reda dulu la. Nak order kat panda kawasan rumah ni takdo lagi huhu
ReplyDeletethat looks super good too omg!
ReplyDeletesedapnya coolblog ni. bolehlah cuba lepas ni. dah lama jugak tak cuba coolblog ni :)
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com