Hidup Lebih Fun dengan Ting Tong Ayam Goreng | Dah agak lama aku tak menulis in BM. Bukan la berlagak tapi lebih selesa menulis in BI (sebenarnya takut kalau tersilap ayat jika menulis in BM dan disalahertikan oleh Jabatan Netizen hahaha). But this time around, I will write in bahasa rojak Malaysia (mix languages) agar aku tak tercari-cari perkataan yang sesuai dan sepadan in BM. Agitew.
So, last weekend ie the weekend before my B-day, geng #Peponds ajak gathering. Katanya sebab Pangkor Trip 'terbatal' maka kita tetap kena gunakan persalinan yang telah dibeli khas untuk trip tersebut. Maka terjadilah gathering 'Trip Pangkor Yang Terbatal' di rumah @Maha Mahu (korang boleh usha kat IG).
For dinner we decided to eat out. Since Ayue Rafiqah has been promoting this one particular fried chicken stall ie Ting Tong Ayam Goreng and one of its stalls is just near Maha's place, while abiding the SOPs (only 3 to a car), kami bergegas ke Pekan Sungai Besi - to be exact ke Laman IR Foodtruck Club yang terletak bersebelahan kedai Hari-Hari (mesti korang baca sambil nyanyi jingle dia kan).
Sesampai di sana, Puan Yenty dah menunggu kami. Gerai dia memang tepi jalan je - terus nampak dari jalan besar tepi gedung Hari-Hari tu. Puan Yenty, the owner of Ting Tong Ayam Goreng terus menerpa kami dan menyapa ramah semua. Memang dengan tertib kita di nusantara, seraya mempersilakan kami duduk (hanya dua orang satu meja), beliau meminta kami semua mengimbas QR Code My Sejahtera sambil menyuakan senarai menu minuman.
'Maaf lambat sikit ye. Kami baru mula menggoreng ayam dan semua bahagian tu. Ting Tong Ayam Goreng nie sedap dimakan panas-panas' ujar beliau.
I was fascinated with the logo of the stall - so I walk around the area, taking pictures and videos of the chef preparing the chicken and such. Chef dia memaklumkan kepada saya bahawa minyak gorengan akan ditukar selalu bagi memastikan tekstur dan kualiti gorengan terjaga. You'll know that the fried food was fried using overused oil when the skin of the food is darkish (some even burnt).
Sementara menunggu hidangan, Puan Yenty bercerita serba sedikit berkenaan Ting Tong Ayam Goreng.
- Kenapa nama diberi Ting Tong Ayam Goreng? Kerana Ting Tong ini adalah mainan mulut anak-anak zaman sekarang yang membawa banyak maksud. Di antaranya - ceria, gembira dan macam-macam keletah. It's catchy and fun. Dan ianya mudah untuk diingat.
- Dah berapa lama beroperasi? Ting Tong Ayam Goreng baru berusia dua bulan. Tetapi alhamdulilah, dalam tempoh dua bulan, telah berjaya dibuka di 3 lokasi iaitu Pekan Sg Besi, AB Corner Wangsa Maju dan Abang Besar Jalan Sri Cheras. InsyaAllah lokasi ke-4 akan dibuka di Malawati dalam tempoh terdekat.
- Apa bezanya Ting Tong Ayam Goreng dengan varian sedia ada di pasaran komersil dan sebagainya? Bermula dengan resipi ibu Puan Yenty, beliau membuat penambahbaikan agar memastikan gorengan ayam ini lebih sihat, lebih nyaman, lebih bersih dan terjamin halal. Dengan perapan 10 rempah rahsia beliau (kami dah cuba bongkar tetapi tidak berjaya), insyaAllah resipi gorengan Ting Tong Ayam Goreng ini boleh melebarkan sayapnya dengan lebih jauh. Ayam dibeli dari sumber yang halal dan bukannya dari peti sejuk beku atau mana-mana pembekal ayam. Ayam disembelih pada hari yang sama dan terus dimasak pada hari tersebut. Ini menjadikan isi ayam lebih manis dan segar. Puan Yenty dan keluarga juga adalah penjaga kualiti kepada setiap hidangan di mana beliau dan suami akan membuat rondaan ke semua lokasi bagi memastikan standard gorengan ditepati.
- Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik Covid-19 ada memberikan kesan kepada perniagaan? Semua orang terkesan dan kami tidak terkecuali. Tetapi alhamdulilah, sehingga kini masih berupaya menjalankan perniagaan. Kami juga ingin membuka peluang untuk individu yang terkesan di luar sana untuk bekerjasama dan membuka gerai Ting Tong Ayam Goreng di lokasi mereka. Bagi mereka yang berminat untuk berbincang lebih lanjut, boleh hubungi Puan Yenty [012 259 7711].
- Bagaimana dengan modal? Boleh kami tahu berapa modal yang diperlukan jika ada yang ingin bekerjasama? Setiap orang mempunyai tahap terkesan yang berlainan akibat pandemik ini. Perbincangan lanjut perlu diadakan untuk berbincang berkenaan modal yang diperlukan, mengikut kesesuaian dan lokasi serta situasi. Oh ye. Segala tepungan dan ayam mentah akan disediakan.
So guys, jika ada yang berminat nak berniaga, boleh hubungi Puan Yenty bagi berbincang lebih lanjut berkenaan modal dan sebagainya. Buat pengetahuan semua, perniagaan ini diusahakan oleh Puan Yenty bersama suaminya Encik Rosdi Lew.
Kami dimaklumkan juga bahawa gerainya beroperasi Selasa sehingga Ahad mulai jam 3:30 petang sehingga 11:30 malam. Dan bukan sahaja boleh 'dine-in' atau 'take-away', Ting Tong Ayam Goreng juga kini dah ada di semua pelantar tempahan makanan iaitu foodpanda, Grab Food dan MyGO.
Nak tahu harga dan jenis juadah yang ada? Nah - baca sendiri menu ini. Menu ini akan berkembang jua kelak, berdasarkan permintaan pelanggan.
Kalau nak tahu lebih lanjut perkembangan terkini Ting Tong Ayam Goreng, korang wajib follow media sosial dia ye.
#TingTongAyamGoreng #TingTongAyam #AyamGorengLazat #AyamGoreng #BersihHalalSedapSegar #RawlinsEats #RawlinsGLAM #RawlinsLifestyle
14 Comments
wahh, meriahnye kalau dapat makan dengan kawan2. dah la tengah lapar ni, terliur tengok goreng2 ting tong!!
ReplyDeleteOh ada food review rupanya patut la ramai yg ‘ting tong’ tulis fasal ayam goreng ni huhu... mmg sedap ke?
ReplyDeleteNampak sedap. Harga pun bolehlah, affordable. Yang penting sedap, xD
ReplyDeleteAlahai Rawlins..semua tu nampak sedap la..harga pun boleh tahan ...rasa macam nak cuba la nanti..order thru foodpanda..kadang kat opis x tau nak makan apa boleh la order kan?
ReplyDeleteTING TONG! YOU GOT ONE BAREL OF FRIEND CHICKEN DELIVERY! hehehe..........friend chicken Ting tong nie nampak crunchy sgt. Tringin pula nak mecuba nyer.
ReplyDeleteSedapnya ayam! Kulit ayam dia nampak rangup je. Suka ayam yang jenis macam ni kulit rangup tapi dalam dia juicy
ReplyDeleteOh no....these are very tempting. I'm on diet but I really want to eat all this
ReplyDeleteBolehlah kami satu family makan dekat sini nanti sebab suami dan anak memang gemar makan ayam goreng yg macam ni,,, Harga pon murah je crunchy2 dapnye
ReplyDeleteWah hebat tu, baru 2 bulan beroperasi dah boleh bukak 3 cawangan. Maknanya confirm sedap la Ting Tong Ayam Goreng ni. Nanti saya cuba. Btw, your Malay is fine. ��
ReplyDeleteNi memang extraordinary ni.. betul2 dapat sambutan ni... baru 2 bulan dah ada 3 cawangan... Boleh try ni... since ada satu kat nearby, Wangsa Maju... #SupportLocal
ReplyDeleteNampak muda lagi ownernye. Ayam dia nampak menyelerakan sungguh. Kalau ke sana boleh cuba ni
ReplyDeletemakanan mcm ni memang menjadi kegemaran ramai. tepungnya nampak sedap dan crispy. harap buka cawangan di kota bharu
ReplyDeleteLain plak rasa membaca blog Rawlins dalam bahasa BM hehehe tapi suka sebab sempoi..
ReplyDeleteSis kalau bab benda goreng gini memang suka juga, lagi kalau datang gan geng macamni, memang ngam laaa... tapi nanti cer lee suruh owner buat tongkeng ayam, alaaa sedapnyaa lahaiiii...
patot aritu tgk ig maha pkai baju tdo reramai..ala comei sgt semua.. Rawlins ke ni?eceyy bile baca bm cam "eh betul ke Rawlins" tu hehehe
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com