5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan


5 Menu Makanan Terbaik Malaysia Untuk Makan Tengahari Yang Mengenyangkan | Makanan di Malaysia memang banyak pilihan. Baik sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, terdapat pelbagai jenis makanan untuk dinikmati. Kadang ada yang beranggapan, sarapan menu yang lain dan makan malam menu yang lain pula. Hakikatnya makanan di Malaysia tidak ada kategori sebegitu.

Di Malaysia, semua bebas makan pada waktu mana sekalipun. Sebagai contoh, roti canai masih ada dijual waktu malam dan nasi lemak boleh dinikmati di setiap ketika. 

Dan bagi sesiapa yang sedang mencari makanan Malaysia yang bagus dan sedap, saya senaraikan di sini di senaraikan beberapa jenis makanan. 


#1: Nasi Lemak @ Nasi Lemak Wanjo 
FoodGasm, Makanan Sedap, Foodpanda, Makanan Tengahari, Rawlins Eats, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Nasi lemak yang dihidangkan di sini adalah resepi turun-temurun sejak 50 tahun yang lalu lagi. Lauk-pauk yang dihidangkan di sini juga pelbagai. Di antara lauk-pauk yang boleh didapati ialah sambal sotong, ayam goreng, sambal paru, rendang ayam dan lain-lain lagi. 

Sesiapa yang makan di sini semestinya akan mengambil lebih daripada 1 jenis lauk disebabkan terdapat pelbagai pilihan.

Alamat: Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap hari (6.30 am – 1 am)

#2: Nasi Dagang @ Nasi Dagang Atas Tol
FoodGasm, Makanan Sedap, Foodpanda, Makanan Tengahari, Rawlins Eats, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Nasi dagang merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Thailand Selatan. Ianya dihidangkan dengan nasi lemak kukus yang dimasak dengan santan kelapa dan biji halba yang memberikan bau yang unik kepada nasinya. 

Lauk-pauk yang biasa dinikmati bersama hidangan ini ialah telur rebus, kari ikan, jeruk sayuran dan rendang ayam dan daging. Makanan ini banyak dijual di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga Thailand Selatan. 

Alamat: 1318, T101, Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu
Waktu Operasi: setiap hari kecuali Isnin dan Selasa (6.30 am – 11.30 am)


#3: Tomyam @ Restoran Rosdet Tomyam
FoodGasm, Makanan Sedap, Foodpanda, Makanan Tengahari, Rawlins Eats, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Tomyam merupakan sejenis sup yang berasal dari Thailand dan cukup popular. Untuk memasak tomyam, rasanya mesti pedas masam dan juga pekat. Tomyam yang berintikan ayam yang dipotong kecil-kecil ini dikombinasikan bersama rempah serta serai, daun limau purut halia dan juga cili. 

Restoran Rosdet Tomyam yang bertempat di Chow Kit ini sememangnya terkenal dengan masakan Thai yang asli. Dan antara menu lain yang turut memikat para pelanggan di sini ialah Siakap Tiga Rasa, Tomyam Seafood, Lidah Masak Merah dan Lala Masak Pedas.

Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: setiap hari kecuali Isnin (2.30pm - 1.30pm)


#4: Nasi Briyani @ Nasi Briyani Haji Tamby
FoodGasm, Makanan Sedap, Foodpanda, Makanan Tengahari, Rawlins Eats, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Nasi briyani merupakan nasi campur dari India yang dimasak menggunakan beras basmathi dan diadun dengan pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan juga sayuran. Yang uniknya tentang kedai makan ini adalah anda dapat menikmati nasi secara percuma, anda semua hanya perlu bayar harga lauk-pauknya sahaja. 

Ini kerana pemilik kedai ini percaya dengan janji Allah yang kita tak akan miskin dengan bersedekah.

Inginkan makanan lain selain nasi beriani? Di kedai ini juga terdapat roti tisu, nasi mandy dan juga murtabak.

Alamat: 73, 55, Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, 75050 Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 4.00 pm)


#5: Roti Canai @ Roti Canai Kayu Arang 
FoodGasm, Makanan Sedap, Foodpanda, Makanan Tengahari, Rawlins Eats, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Roti Canai adalah sejenis roti leper India yang boleh didapati di kebanyakan kedai mamak di Malaysia. Kedai mamak terkenal dengan makanan India dan dijayakan oleh imigran Tamil Muslim yang telah lama menetap di Malaysia. 

Roti Canai juga dikenali sebagai ‘roti terbang’ kerana proses lemparan dan pusingan sebelum dimasak. Selain itu, Roti Canai juga dikenali sebagai penkek India. Biasanya Roti Canai dihidang bersama dengan kuah kacang dhal, atau aneka jenis kari di kedai mamak seperti kari ikan, kari ayam, kari kambing dan sebagainya. Ia juga boleh dihidangkan dengan gula pasir yang sesuai kepada individu yang menggemari makanan manis.

Roti Canai Kayu Arang di mana anda sekeluarga dapat menikmati hidangan roti canai yang lain daripada yang biasa dinikmati. Seperti nama kedai ini, roti canai yang disediakan dibakar di atas dapur arang dan bukannya dapur gas seperti yang biasa ditemui di kedai lain. 

Selain roti canai biasa, ada juga roti canai nachos, roti tampal, roti bom, roti telur dan banyak lagi. Di samping roti, ada juga menu lain untuk memuaskan perut yang lapar seperti nasi lemak, aneka kuih-muih dan lain-lain lagi.

Alamat: 459, Kampung Bakar Batu, 75350 Bachang, Melaka
Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00 am – 12.00 pm, 8.00 pm – 11.45 pm)


Boleh Order Guna Foodpanda Untuk Jimatkan Masa Dan Tenaga 

Apa yang lebih menariknya lagi, nasi lemak makanan kegemaran ni turut boleh di order secara online. Salah satu pihak yang sudah sinonim dengan servis order food adalah Foodpanda Malaysia. 
FoodGasm, Makanan Sedap, Foodpanda, Makanan Tengahari, Rawlins Eats, Rawlins GLAM, Rawlins Lifestyle
Tak perlu nak keluar rumah. Tak perlu nak risikokan diri sendiri. Tak perlu nak buang masa dan tenaga. Buat pesanan kemudian biar Foodpanda bantu hantar makanan sehingga ke depan pintu.

#FoodGasm #MakananSedap #Foodpanda #MakananTengahari #RawlinsEats #RawlinsGLAM #RawlinsLifestyle



Post a Comment

14 Comments

  1. Nak jimat masa kena la berfood panda ni haa...tak payah sibuk nak bayar parking, cari parking. Tunggu je kat rumah.

    ReplyDelete
  2. Ya rabbi semuanya sedap kan. Tp betul ada foodpanda semua mudah wak..order je

    ReplyDelete
  3. Dari list ni semua saya hanya pernah makan yang no 2 tu je.. yela sebab jauh kan... tapi teringin juga try menu yang lain tu

    ReplyDelete
  4. Setuju .. yang terbaik sekarang ni kita foodpanda je. Selamat dan cepat . Bila keluar , nak bersiap bagai..so kita tunggu je. Nanti makanan sampai depan pintu rumah

    ReplyDelete
  5. Wah serata tempat ada lokasi makan sedap. Kita la ni mmg pakai grabfood dan panda. Selalu food panda la byk pilihan.

    ReplyDelete
  6. Adoiii kalaulah area rumah Sis ni ada menu Nasi Lemak Wanjo tu, nikmatnyaaa laahaiii.. sekarang senang, nak makan, malas masak dan fikir, foodpanda ajoo..kannnn

    ReplyDelete
  7. Oh I miss all these yummy food! Nak grab la Nasi Dagang Atas Tol as lunch later today. Thanks for recommending!

    ReplyDelete
  8. Sedap semua makanan ni. Bunyi dah perut ni haaa. Nak cari makan pon senang, order online je

    ReplyDelete
  9. Catchy ehh bunyi nama nasi lemak dia.. nasi lemak wanjo.. semua nampak sedap apanihhhh

    ReplyDelete
  10. Nasi beriyani one of my favourite food.....sekarang nak makan nasi beriyani dah mudah.... lagi-lagi ada foodpanda...cuma perlu oder je

    ReplyDelete
  11. Artikel ni sesuai utk orang yang bangun lewat tak sempat sarapan. Sebab nasi lemak dan roti canai sekarang dah dijual pada waktu lunch kan Rawlins. Masa dulu, kalau terlepas sarapan, bleh mengidam roti canai kedai melayu. Sebab kuah dal dia sedap gila. Hahaha

    ReplyDelete
  12. ohh woow...I love your list here. Almost everything I wanna eat , the tomyam, the roti canai, craving hungry la :P cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  13. sekarang ni nak makan apa pun senang je dah boleh scroll through guna apps je

    ReplyDelete
  14. Uishhhh! Rindunya nak makan nasi dagang atas tol ni.. serious sedap giler2.. :) and the roti canai arang, wajib makan bila ada kat sana (Y)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com