Jom Beli Kediaman Sendiri, HANNA @ Laman Sendayan| Memiliki kediaman sendiri adalah impian setiap insan - tanpa mengira umur, pangkat dan darjat. Namun keinginan memiliki kediaman sendiri adalah sebuah komitmen dan bukannya berdasarkan perasaan 'Aku teringin' atau 'Aku suka' kerana pemilikan kediaman memerlukan pertimbangan yang matang dan berhemah.
Banyak pertimbangan yang perlu diambil kira sebelum kita boleh/ mampu menandatangani perjanjian jual beli kediaman - bayaran muka, kewangan ekstra untuk pelbagai bayaran dan caj perbankan dan guaman, ansuran bulanan, upah penambahbaikan dan macam-macam lagi. So, Rawlins cadangkan agar rujuk yang pakar dan rajinkan bertanya serta membuat semakan silang/ rujukan sebelum anda 'melangkah masuk' ke dalam komitmen pembelian kediaman yang boleh mengambil masa 30 tahun untuk pembayaran balik pinjaman di institusi kewangan.
Maka, ramai yang lebih suka menyewa dari membeli - dengan beranggapan bahawa ianya lebih mudah dan tidak memerlukan komitmen yang besar. Namun, anda sebenarnya silap!
Bayangkan bahawa dengan pembayaran sewa setiap bulan itu sebenarnya anda mampu membayar ansuran bulan rumah sendiri. Kelebihan memiliki rumah sendiri itu banyak - anda boleh ubahsuai rumah, anda boleh susun atur, anda boleh memperindah dan macam-macam lagi yang anda boleh lakukan, sekiranya kediaman yang diduduki itu adalah rumah sendiri.
Bila ianya rumah sewa, nak buat apa sahaja pun termaktub pada perjanjian dengan tuan rumah dan paling haru, dah beli macam-macam perabut, tiba-tiba kena pindah sebab tuan rumah ingin menjual rumah sewa yang diduduki atau menaikkan sewa dengan lebih tinggi. Aduh!
Dalam pencarian untuk kediaman yang mampu milik dan lengkap dengan kemudahan terkini, 'penyelidikan' aku sampai ke projek perumahan HANNA @ Laman Sendayan di Bandar Seri Sendayan, Negeri Sembilan.
Kenapa Negeri Sembilan? Jauh kot dari tempat kerja aku di Bangi, kan?
Mari aku kongsikan kenapa HANNA ini adalah pilihan kediaman yang sesuai dan terbaik untuk dipertimbangkan sebagai kediaman semua.
Kemudahan Lebuh Raya
Berkenaan isu jauh dari lokasi kerja aku di Bangi, anda silap lagi ye. Sekarang seakan satu trend di mana ramai kakitangan yang bekerja di Lembah Klang dan Kuala Lumpur sebenarnya adalah penduduk di Negeri Sembilan kerana kemudahan lebuh raya yang semakin banyak dan mantap memudahkan pergerakan mereka ke tempat kerja di Lembah Klang dan Kuala Lumpur.
Di antara kemudahan lebuh raya yang menghubungkan Bandar Sendayan dengan lokasi-lokasi lain adalah seperti North-South Expressway (PLUS), Seremban-Port Dickson Highway, KLIA Linkage dan Senawang-KLIA Expressway (dalam peringkat cadangan pembinaan). Paling senang untuk aku ke Bangi kelak adalah menggunakan Kajang-Seremban Highway (LEKAS).
HANNA - Kediaman Mampu Milik
Dengan harga kemasukan yang rendah, yuran Perjanjian Jual Beli kediaman HANNA cuma bermula RM400,000, bila mana kebanyakan rumah dengan dimensi yang sama kini sudah mencecah RM500,000. Banyak beza kan?
Sekarang pun kadar faedah gadai janji adalah rendah, maka memang sesuai untuk mempertimbangkan pemilikan HANNA ini.
Jom lihat dimensi dan pelan lantai bagi jenis kediaman HANNA. Yang pastinya, kediaman HANNA memiliki 4 bilik tidur dan 3 bilik air setiap satunya.
HANNA Type A (Saiz lot: 20' x 65')
HANNA Type A1 (Saiz lot: 20' x 70')
Tapi macam mana dengan bayaran ansuran bulanan? Tinggi tak?
Bayaran bulanannya bermula RM1400* sebulan adalah dikira rendah, terutamanya bagi kediaman landed seperti HANNA yang dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad ini.
Kemudahan Yang Lengkap
Rawlins suka mencari kediaman yang lengkap dari segi kemudahannya dan apabila meneliti kemudahan yang disediakan bagi projek perumahan HANNA ini, ianya memang sangat menarik hati.
Kalau dilihat berdasarkan pelan tapak projek perumahan HANNA ini, keseluruhan projek perumahan HANNA dibina mengelilingi taman riadah yang menempatkan pelbagai kemudahan sukan di mana ia turut menempatkan d'Tempat Country Club. Pemilik kediaman HANNA akan mendapat keahlian perxuma d'Tempat Country Club yang memberikan akses anda sekeluarga kepada kemudahan sukan yang elit dan lengkap seperti gim, teater mini, sauna dan kolam renang.
Dengan adanya taman riadah yang turut menempatkan gelanggang bola keranjang, gim luar (outdoor gym), laluan refleksologi dan gazebo, aktiviti riadah anda keluarga seperti bersenam bersama dan lepak santai dan berkelah di taman ini menjadi lebih mudah untuk semua.
Pelbagai Kemudahan Lain
Selain kemudahan bersukan dan berekreasi, projek kediaman HANNA juga adalah berdekatan dengan pelbagai sekolah iaitu Matrix Global Schools, SJK (C) Bandar Sri Sendayan dan SMK Bandar Baru Sri Sendayan. Maka senang nak menghantar anak-anak ke sekolah.
Terletak berdekatan juga adalah pusat membeli-belah seperti Sendayan Merchant Square, Sendayan X-Park, Sendayan Metropark, Sendayan Green Park dan Sendayan TechValley.
Dalam perancangan akan datang, Matrix Concepts juga akan membangunkan lebih banyak institusi pendidikan, pusat perniagaan dan komersil serta lebih banyak kemudahan lain untuk penghuni di sekitar projek perumahan ini.
Paling penting, cantiknya HANNA
Ini yang paling menarik pada mata aku. Bila nak beli rumah, mesti kita nak yang terbaik dan cantik sebab ianya adalah lokasi terapi minda dan fizikal kita dari kehidupan harian kita - our own sanctuary bak kata orang kampung Rawlins.
Setakat ini, berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan Rawlins terhadap projek-projek perumahan yang dibangunkan oleh Matrix Concepts Holdings Berhad, memang tiada yang mengecewakan dan sangat indah di pandangan mata Rawlins.
Ditambah dengan pelbagai kemudahan menarik yang disenaraikan di atas, memang Rawlins rasa sangat berbaloi untuk memiliki HANNA yang akan siap pada suku ke-4 tahun 2023 kelak (pelancaran pada Mei 2021).
So, kesimpulannya, adalah lebih baik untuk membeli kediaman sendiri dan bukannya menyewa. Banyak kelebihannya apabila memiliki hartanah sendiri dan ianya merupakan pelaburan jangka masa panjang yang sangat berbaloi.
Dengan pelbagai kelebihan dan kemudahan yang telah disenaraikan di atas, Rawlins memang menyokong untuk membeli projek perumahan HANNA.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan , boleh terus rujuk di Laman Sendayan atau hubungi sahaja 1 800 88 2688.
Apa kata mulakan langkah anda untuk membeli kediaman sendiri?Info Terkini Untuk Pertimbangan Pembelian Rumah di Malaysia
- Berikut adalah sebahagian inisiatif yang telah diperkenalkan ketika pandemik Covid-19 melanda dunia
- PENJANA Economic Recovery Plan (di bawah Home Ownership Campaign @ HOC):
- Pengecualian duti setem untuk pindah milik dan perjanjian pinjaman untuk kediaman berharga antara RM300,000 hingga RM2.5 juta dari 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2021
- Pengecualian cukai keuntungan harta tanah (RPGT) bagi rakyat Malaysia yang melupuskan sehingga tiga harta tanah dari 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021
- Bajet 2021 yang menggalakkan pembelian rumah pertama untuk pembeli rumah pertama
- Pengecualian duti setem pada instrumen pindahan dan perjanjian pinjaman untuk pembeli rumah pertama kali dilanjutkan sehingga 31 Disember 2025.
- Had duti setem untuk rumah kediaman pertama juga dinaikkan sehingga RM500,000, berkuat kuasa dari 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025.
#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDONSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment #RawlinsGLAM #RawlinsLifestyle #PropertybyRawlins
18 Comments
Wow.. cantiknya HANNA. Bila terlihat design rumah terus terbayang nak deco macam ni macam tu. Rumah adalah satu pelaburan yang bagus untuk masa hadapan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecantik rumah kat sini. dengan fasiliti tip top. harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan
ReplyDeleteThis is like a haven for one to stay just look at the complete facilities available for the residents. :D
ReplyDeleteI am impress with their project especially Hanna. The design of the house is nice and good deal.
ReplyDeleteCantiknya kawasan perumahan nih , buat masa sekarang mampu berangan jer dulu , tapi kalau ada rezeki lebih memang nak cari perumahan begini. Boleh tanya kat husband ni kot2 dia berkenan . Lagipun ada pengecualian duti setem dari kerajaan. Yang ada duit dan dah plan lama nak beli rumah boleh pertimbangkan HANNA. Minat Type A1...
ReplyDeleteCantiknya kawasan perumahan Hanna nih, dekat pulak dengan kampung halamanku hehe. Design rumah pun cantik dengan kemudahan asas yang dekat je sekeliling, strategik !
ReplyDeleteEh lawalah design perumahan Hanna nih, semua fasiliti lengkap bagus nih kalau ada kemampuan lebih boleh buat pelaburan... bolehlah saya kongsikan pada kawan-kawan juga mana tau ada yg berminat.
ReplyDeleteArea rumah di Sendayan memang banyak yang cantik dan konsep binaannya menarik dan moden. Suka tengok. Setuju dengan Rawlin seeliknya beli rumah sendiri daripada menyewa
ReplyDeleterumah kat laman sendayan ni memang cantik2 tau. yang paling best developer ada HOC, berbaloi2 kalau beli
ReplyDeleteWow cantik!!! suka design moden mcm ni, nampak macam tempat bercuti pun ada. nice!
ReplyDeleteSuka betul tengok floor plan dia, lepang dan luas aje.. enviroment luar dia pun.. aishh ni kalau dapat beli dan stay sini, duduk uma pun takpe..
ReplyDeleteRumah idaman! Landed dan luas. Fasiliti banyak. Senang duduk dalam kawasan rumah je. Kalau waktu sekarang Ruby mencari rumah yang ada sekolah rendah dan sekolah menengah berdekatan. Kemudian akses pengangkutan awam. Kalau ada MRT lagi bagus. Sebab nak ke mana-mana nanti senang. Pastu rumah yang kat corner lot tu my fav. Berangan sekejap tengok rumah cantik. Hehehe.
ReplyDeleteCantiknya Hanna pulak.. best betul rumah2 kat Bandar Sri Sendayan ni.. nanti sure naik melonjak harga rumah kalau tak grab awal2 since township ni pesat membangun...
ReplyDeletecantik nya design rumah dia..kemudahan persekitaran pun banyak. Nasib lah iena dah beli rumah..dah beli dua biji rumah..haha takde budget nak beli yg ni :D
ReplyDeletecantik kan rumah dekat sini! memang puas hati dengan konsep dia, reka bentuk moden. yang penting banyak kemudahan btw nak minta maaf sebab baru komen. gmail tak boleh login baru2 ni sebb malware issue.
ReplyDeletesy dah beli.. harap siap pada masa yg d jangka.. tapi sy rasa lmbat sikit ni.. covid merata
ReplyDeleteTu la. Covid nie mengganggu semua benda kan. Harapnya siap dalam jangka masa. Nanti kalau buat house warming, jemput saya ye. Hehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com