Kak Ani Rai Anak-Anak Asnaf dan Usahawan di Iftar Ihya' Ramadan 2022


Kak Ani Rai Anak-Anak Asnaf dan Usahawan di Iftar Ihya' Ramadan 2022 | Tak lama lagi dah nak raya dah kan? How's everyone's preparations? Mana yang dah bersedia, alhamdulilah. Yang belum, take your time. Jangan kelam kabut. 

Mana yang sama dengan Rawlins iaitu bertemakan 'Ulang Tayang', chill chill. Raya tetap raya kan. Berbelanja seadanya, gitew.

Noraniza Idris, Kak Ani, Ihya Ramadan Putrajaya 2022, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Sebenarnya dah dekat nak raya nie, banyak dengar lagu-lagu raya berkumandang kan. My faves of course yang evergreen. Lagu-lagu yang baru nie, kurang umph sket. Hehe. 

Di antara nyanyian yang banyak kedengaran of course nyanyian Noraniza Idris aka Kak Ani, Ratu Etnik Irama Malaysia kita. Baru-baru nie kita dengar Kak Ani dalam Anugerah Juara Lagu kan, terubat rindu nak tengok Kak Ani perform. 

Baru-baru ini, Kak Ani sempat meluangkan masa untuk berkongsi rezeki dan menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial bersama masyarakat. Seramai 100 orang anak-anak asnaf dari SK Puchong Utama telah disenaraikan dalam penyampaian sumbangan yang berlangsung pada 23 April 2022, hari Sabtu bermula 9.30 malam - 11.20 malam di Dataran Putrajaya. Acara selama 2 jam ini akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian lagu  Hari Raya oleh artis seperti Noraniza Idris, Ihab Ismail, Azmir Arif , Zul Arif dan Khairul Hamdi.

Noraniza Idris, Kak Ani, Ihya Ramadan Putrajaya 2022, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

’Setahun sekali kita menyambut bulan Ramadan yang mulia dan setelah 2 tahun menghadapi pandemik global dan berakhir pada 1 April lalu, tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meraikan Ramadan yang mulia bersama golongan kurang bernasib baik’’.ujar Kak Ani ketika acara tersebut.  

Acara ini adalah anjuran bersama Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, PIBG SK. Puchong Utama dan juga Musolla AR- Raudhah. Acara ini juga akan menggerakkan Program Corporat Social Responsibility (C.S.R) kepada usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) dengan membantu menyediakan platform jualan dan promosi untuk usahawan terlibat. Setiap usahawan berpeluang memperkenalkan produk menerusi khidmat kongsi rezeki dengan hanya menghantar produk mereka yang akan dijual dan dipromosikan di sepanjang Ramadan ini.  

Berkat dari usaha ini, Noraniza Idris  juga telah mengambil peluang untuk memperkenalkan produk makanan tradisional pertamanya iaitu Che Ani Produk Premium berasaskan Muruku yang telah mula dipasarkan bermula 1 April lalu.

’Sepanjang diperkenalkan secara kecil-kecilan, produk Muruku premium Che Ani telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan. Ramai penggemar muruku  berminat menjadi wakil jualan atau ejen seiring dengan kempen 1 Ejen: 1 Daerah yang Kak Ani perkenalkan’’ tambah Kak Ani.

Seiring dengan itu, Noraniza Idris turut mempelawa usahawan-usahawan Industri Kecil Sederhana yang telah bersama-sama turun padang mempromosikan produk jualan mereka di booth Che Ani untuk berbuka puasa secara santai sebagai sebuah keluarga. Peluang berhimpun dalam sebuah program amal ini telah lama dinanti-nantikan. 

Pandemik global yang melanda dunia banyak memotivasikan Kak Ani untuk terus memandang dari sudut positif dengan mempelajari sistem perniagaan secara dalam talian selain menjalankannya secara fizikal.  Aktiviti ini akan diteruskan selepas Hari Raya nanti untuk jangka panjang dalam Siri Jelajah Akar Kita Zapin 2022 yang akan bermula di Zon Utara pada 20-22 Mei 2022 di AEON Mall Bukit Mertajam Pulau Pinang. 

Noraniza Idris, Kak Ani, Ihya Ramadan Putrajaya 2022, Rawlins Lifestyle, Rawlins GLAM

Mengulas tentang single rakaman hari raya, Noraniza Idris berkata beliau tidak mempunyai single raya terbaru untuk tahun ini namun pernah muncul rakaman semula lagu raya 'Cinta Lebaran' nyanyian Kak Ani bersama Ihab Ismail dan Azmir Ariff yang diedarkan secara digital di bawah Luncai Emas Sdn Bhd pada tahun 2021. Kak Ani lantas mengajak semua peminat untuk mendengarkannya di saluran youtube Luncai Emas. Selepas Ramadan ini, Kak Ani memaklumkan dia akan fokus untuk aktiviti rakaman single terbaharu setelah single Intan Payung (duet Bersama Bunga) selesai kontrak promosi. 

Single terbaharu ini dijangka akan melibatkan seorang artis undangan yang akan diumumkan tidak lama lagi. 'Struktur melodi ini sememangnya sangat sesuai dengan konsep dan vocal artis ini untuk berkolaborasi bersama Kak Ani. Pihak Kak Ani akan membincangkannya dengan Luncai Emas sebagai penerbit bersama.' ujar Kak Ani mengakhiri perbualan.

Selamat Hari Raya semua. 

#NoranizaIdris #KakAni #IhyaRamadanPutrajaya2022 #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM



Post a Comment

1 Comments

  1. Thanks so much for sharing this inspiring Kak Ani actually doing something so meaningful to spend time to contribute back to communities. Bravo to her. Ohh ya....Selamat Hari Raya in advance to you ya :) Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com