KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX: Miliki Rumah Selesa, Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga | Apa khabar semua? Moga semuanya sihat walafiat dan ceria di samping yang tersayang.
Hari ini, Rawlins nak berkongsi sikit berkenaan peluang untuk adik-adik (juga rakan-rakan sebaya) yang ingin menambah aset hartanah memasing yakni rumah.
Sedikit perkongsian berkenaan seorang insan Bernama Rawlins. Sepanjang membesar, mak dan ayah tidak banyak berkongsi berkenaan menabung dan membeli aset apabila dewasa. Daku, sebagai anak sulung, memang belajar sendiri melalui pengalaman, bertanya kepada yang lebih berusia dan melalui bacaan dalam talian. Akhirnya, daku berjaya jua membeli rumah di kala usia menjejak penghujung 30-an. Masa tu pula, harga hartanah dan kadar faedah pinjaman bank juga agak tinggi. Gaji kita pula ala kadar dhek oii, almaklum kita nie kakitangan kerajaan je.
Alangkah bahagianya kalau ada yang membantu untuk membolehkan daku membeli aset hartanah dengan lebih bijak masa tu kan.
Ingat tak tempoh hari daku ada berkongsi berkenaan rumah-rumah yang cantik dan di Bayu Sutera dan Eka Heights? Dan bagaimana daku berangan daku dapat menambah satu lagi aset hartanah dengan mana-mana rumah tersebut?
Nah! Meh daku kongsikan satu berita gembira, yang mana akan membolehkan daku dan korang juga membeli rumah-rumah tersebut kelak.
KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX
Bagaimana kaedahnya? KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX yang menawarkan peluang menarik kepada rakan-rakan Bumiputera untuk membeli aset hartanah di lokasi-lokasi utama di seluruh negara. Bagi memudahkan lagi pencarian hartanah yang sesuai, program hartanah khas ini telah menyenaraikan pilihan rumah teres dan hartanah komersial yang telah dipilih dengan teliti. Takde la terkial-kial kan?
Dengan adanya inisiatif hebat di bawah KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX, disediakan penjimatan hebat sehingga RM150,000.00 untuk hartanah tertentu. Terus daku berangan yang aku dapat berpindah ke Meora kelak hahaha. Bukan hanya adanya penjimatan, malah ansuran bulan juga rendah, serendah RM2,083* sebulan. Pastu, ada juga tawaran pembiayaan dari 100% sehingga 110% oleh bank yang terlibat, menjadikan kos permulaan untuk memiliki aset hartanah menjadi lebih murah, mudah dan menjimatkan. Terasa bahagia tak membaca peluang nie?
Bayu Sutera & Eka Heights Turut Tersenarai
Ingat lagi kan perkongsian daku tentang rumah-rumah di Bayu Sutera. Dengan saiz binaan bermula dari 2,142 hingga 2,498 kaki persegi, hartanah Bayu Sutera menawarkan pelbagai pilihan dengan reka bentuk yang luas. Antaranya, hartanah Izara II dan Elonia II yang menawarkan saiz binaan sehingga 2,315 kaki persegi dengan 4 bilik tidur dan 4 bilik mandi. Tidak lupa juga Melora yang menawarkan gaya hidup mewah di kediaman tanah tinggi, yang menawarkan saiz binaan lebih besar, sehingga 2,498 kaki persegi, lengkap dengan 4 bilik tidur, 4 bilik mandi, dan 1 bilik utiliti.
Jangan dilupa jua bahawa setiap hartanah di Bayu Sutera adalah lengkap dengan ciri rumah pintar, yang akan memudahkan urusan di rumah dan ianya membuatkan kita rasa selesa dan selamat ketika bersama yang tersayang di rumah idaman. Betul kan?
Ingat lagi tak rumah-rumah Ferra dan Meora di Eka Heights yang pernah saya kongsikan sebelum ini? Ianya juga turut tersenarai dalam KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX. Ruang rumah yang luas ini membolehkan keluarga terus berkembang. Sepertimana hartanah di Bayu Sutera, ianya juga lengkap dengan ciri rumah pintar, dikelilingi kehijauan yang mendamaikan, Mageka Park serta akses ke d'Tempat Country Club untuk pemilik-pemilih hartanah di sini. Senang cakap, lengkap la kat sini dan semuanya dekat dan mudah akses.
Kedai Komersil Turut Tersenarai
Rawlins tahu ada juga di kalangan rakan-rakan yang mencari kedai komersil, kan? Meh sini nak bisik bahawa kedai hartanah Irama Biz memberikan peluang unik untuk pelaburan perniagaan yang sedang berkembang. Hartanah ini mempunyai keluasan binaan 3,105 kaki persegi dengan saiz lot 22' x 75'. Luas kan? Pelaburan ini memang terbaik sebab lokasinya yang strategik dan mudah akses.
Yang bagusnya KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX turut memberikan beberapa insentif menarik seperti perkhidmatan internet percuma dan keahlian percuma untuk d'Tempat Country Club. Kadar faedah pinjaman serendah 3.8% turut ditawarkan oleh beberapa bank yang terlibat dalam Kempen ini.
Tertarik tak korang? Bayangkan betapa bahagianya ahli keluarga anda apabila membuka pintu masuk ke rumah idaman yang lengkap dengan pelbagai ciri pintar, luas dan selamat kan.
Sebenarnya, dalam kita membeli aset hartanah, kita bukan hanya membeli hartanah, kita sebenarnya sedang membeli masa depan untuk keluarga dan yang tersayang untuk bersama-sama membina kebahagiaan.
Tak gitu?
Miliki rumah idaman korang bersama KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX, dan teruskan mencipta kebahagiaan bersama yang tersayang!
Nak tahu lanjut pasal Kempen tu? Klik sini >> KEMPEN HARTANAH BUMIPUTERA MATRIX
#MatrixConcepts #KempenHartanahBumiMatrix #KempenBumiMatrix #Melora #BayuSutera #KLIA #BandarSriSendayan #NegeriSembilan #RawlinsLifestyle #RawlinsGLAM
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .
For any inquiries, email: rawlins.una@gmail.com